Wednesday 8 August 2012

Entri khas sempena praktikum : Warkah daripada anak murid buat guru pelatihnya, terharu

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Hampir sebulan bergelar guru pelatih. Bukan sesuatu yang mudah, bukan juga sesuatu yang menyeksakan. Kadang-kadang hati jadi lemah, kadang-kadang fizikal tak mampu berbuat apa-apa pun. Tapi, akal sentiasa mengingatkan, tidak ada yang lebih besar nikmatnya dalam hidup ini kalau saya berjaya melahirkan insan cemerlang akhlak, tinggi ilmu dunia dan akhiratnya, maka semua cabaran sanggup ditepis.

Entri khas ini bukanlah bertujuan membebel like a pro. Hahaha. Memang taklah kan. Sudahlah baru belajar, tak ada apa-apa kebanggaan selain suka senyum dan jerit sampai keluar suara angsa. Kikiki. Sebenarnya, tadi saya sedang asyik menggunting kertas, saja buat hiasan buku Rancangan Pengajaran Harian UPSI tue. Sambil mata tak lekang tengok jam, kelas jam 12.30 tengah hari. Ya, waktu puncak ketiduran. Tetiba, tersentap. Sebabnya buku pelajar yang nak masuk jam 12.30 tengah hari tue belum bertanda lagi. Oh mak!!! Masha Allah, mengapakah begitu pelupa ini cikgu?! Terus ke laci peribadi dan keluarkan buku pelajar kelas 4 ABM dan tangan lincah menanda hasil kerja pelajar. Hati nie bagai disiat-siat jugaklah bila dapat dikesan 2-3 orang pelajar yang suka meniru hasil kerja pelajar lain, sendiri tak mahu buat. Tak sedar agaknya, meniru bukan dapat apa-apa, telur ayam pun takkan dapat! Khusyuk menanda, mata tertancap pada sekeping sampul surat yang molek berbalut. Diletakkan antara buku-buku pelajar. Berdebar rasanya jantung nie. Laju, selaju masa naik roller coaster kat TS dulu. (daku memang kaki hiperbola)

Membaca tulisan yang dilakar kemas pada sampul surat tersebut, saya tahu 'dia' tak mahu saya bacanya sekarang. Mungkin malu atau malu. Hehhehe. Yelah, pelajar tulis surat untuk cikgu, mestilah 'dia' malu. Saya teruskan kerja menanda. Tapi, hati memberontak kata bukaklah bukaklah. Saya mintak gunting daripada Asni dan dengan kemas menggunting bahagian bawah sampul surat. Isinya saya keluarkan. Setiap bait kata-kata 'dia' saya baca. Allahuakbar. Macam nak nangis pulak rasanya. Sungguh tak saya sangka, sebulan di Sekolah Menengah Vokasional Kuantan nie, saya dihargai sebegitu rupa. Ya, memang 'dia' seorang sahaja yang mengahntar surat, tapi, sekeping surat nie sudah cukup buat saya bersemangat untuk menjadi PENDIDIK. 

Mungkin ramai yang anggap, perbuatan menulis surat buat cikgu sebagai suatu budaya negatif. Tengoklah pada isi kandungannya. Bukan dia melucah ker mengurat cikgu ker segalanya. 'Dia' hanya meluahkan segala yang dirasa. Telah saya tulis di entri-entri praktikum sebelum nie. Anak didik vokasional ini bukan mahukan apa, hanya perhatian, perhatian dan perhatian. Bukan herdik, bukan caci maki dan bukan kata kesat. Tapi, mereka mahukan mereka dihargai seperti manusia lainnya. Bila seorang guru meletakkan martabat mereka tinggi, siapa yang tidak tersentuh hatinya? Bila hasil ekrja mereka dihargai, bila mereka sentiasa diajar, diajar dan diajar, lama-lama, hati yang keras akhirnya lembut jua. Sememangnya, kehadiran surat nie buat saya semakin tidak mahu meninggalkan sekolah nie. Saya seronok bersama mereka. Bersama-sama cikgu-cikgu jabatan. Mereka ambil berat, mereka mendorong dan mengajar saya kekuatan hidup nie. Sungguh pertemuan dan perpisahan itu sudah ditakdirkan, maka saya redha. Semoga bertemu kita dalam doa.

Untuk si 'dia',
Selama mana awak mahu merahsiakan identiti awak, cikgu tak kisah. Cikgu ucapkan terima kasih kerana menerima kehadiran cikgu sedanya. Cikgu bukan siapa-siapa ketika cikgu melangkah kaki ke sekolah ini. Tapi, cikgu tahu, apabila cikgu melangkah keluar daripada SMVK, cikgu telah menjadi seseorang. Dan, kalianlah yang mendewasakan cikgu dan membentuk diri cikgu. Cikgu tak mampu nak beri perhatian kepada semua, sekali sekala cikgu terlepas pandang. Terkadang perhatian cikgu menjurus kepada seorang sahaja, tapi ketahuilah, cikgu sayang semuanya sama rata. Kalau satu hari nanti kamu baca blog cikgu nie, ketahuilah bahawa cikgu hargai setiap kata-kata yang kamu lakarkan dalam surat tersebut. 30 tahun lagi juga akan cikgu genggam kata-kata kamu. Kamu pelajar pertama cikgu, akan sentiasa menjadi sumber inspirasi cikgu di dunia pendidikan ini. Terima kasih daun keladi. Halalkan segala perlakuan dan kata cikgu terhadap kalian.

Cikgu tak beri Facebook dan details cikgu bukan untuk bersembunyi atau apa. Buat masa nie cikgu tak bersedia algi. Kita fokuskan kepada pelajaran dulu. Akhir nanti baru kita cerita-cerita eh. Jadi, belajar rajin-rajin ok. Cikgu sayang kalian. Sangat-sangat. 



#Kalau cikgu bersemangat, tentulah pelajarnya bersemangat. Jangan pandang enteng cikgu pelatih kerana daripada mereka mungkin terluah ilmu yang lebih bertenaga. Sedih bila orang meletakkan taraf cikgu pelatih nie seolah-olah mereka boneka tanpa nyawa dan hati#


Till then, hatiku berbunga riang. 

No comments: