Sunday 19 August 2012

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Puasa gagal mengempiskan pipi. Kecewa.

Alhamdulillah, sampai juga saya ke Syawal penuh ceria nie. Dalam hati sudah berkira-kira masa yang sesuai untuk puasa enam. Erm, ingat nak ajak budak kecik puasa sekali lah! Hehehe. Siapa budak kecik? Adalah orang tuh. Budak kuat cemburu. Hakhak.


Erm, Syawal kali nie tak adalah terasa meriah sangat macam tahun-tahun sebelumnya, which is kami beraya kat Makkah. Tahun nie, just parents yang pergi dengan kak long dan Ami. Kiranya saya sajalah yang beraya bersendiri kat sini. Actually, tak adalah sendiri pun. Masih ada atuk dan opah. Jugak Embah. Erm, tapi, lainlah rasanyakan. Orang beraya dengan mak ayah, kita sendiri. Pulak tue, kakak dan adik pergi dan kita yang tinggal pulak. Nak buat cane. Dah begitu perancangannya. Yang penting mereka puas hati dan gembira kat sana. Mestilah gembira, sampai lupa nak telefon orang kat sinikan. Erm, lupakanlah cerita yang best langsung nie. Marilah kita cerita-cerita yang seronok saja.


Tahun nie, officially tak ada rendanglah sebab tak ada tukang masaknya. Opah masak ketupat, kuah kacang dengan sayur lodeh, saya masak ayam masak sambal, dan atuk masak kari daging. Settle! So far, soal makan, tak ada apa yang kurang bagi saya walaupun tak makan masakan mama. Apa yang ada itu sudah syukur alhamdulillah. Saya pun bukan makan banyak sangat. Hehe. Tak berapa banyaklah. Hakhak.  Lepas acara makan-makan sampai buncit, jawapannya adalah berehat-rehat. Tahun nie jugak, kita tak dapat solat sunat Aidilfitri. Jangan tanya kenapa, memang kena jitat kepala tue. =) Lagi la rasa macam eh, dah raya ker? Baru nak bangun sahur. Kekeke. 

Rasanya tahun nie macam suram pulak rayanya. Even mesej bertalu-talu masuk. Tapi, pelik, bestie sendiri tak ada text mesej. Owh, sebab saya pun tak mesej mereka. =) Saja. Nak tengok berapa ramai yang ingat diri ini if kita just menyepikan diri. Rupanya masih ada yang ingat. Oh, nevermind. And, thanks untuk budak kecik. Memang awak orang pertama mesej saya. Appreciate it!! Sangat-sangat. And, thanks be my side everytime!!! Hehehe. And thanks pada yang sudi menghulur kad raya. Bukan senang orang nak susah payah pergi beli, tulis dan pos. If saya dah kerja nanti, dah ada gaji sendiri, pretty sure, saya nak hantar kad raya kat kawan-kawan. Nak kembalikan semula tradisi yang lenyap. Kalau zaman sekolah dulu, berebut-rebut beli kad rayakan. Tulis, masukkan dalam locker bili study. And, semua kad raya tue, masih saya simpan sehingga sekarang. Tak akan dibuang walaupun nampaknya persahabatan semakin hari semakin pudar. Biasalah, bila berjauhan. Saya selalu fikir, dengan hadirnya kad raya, tentu rasanya akan berbeza dengan hadirnya SMS. Sebab tue, saya malas nak taip mesej hantar kat orang. Sebab, secara peribadi, saya akan tengok siapa penghantarnya, kemudian saya taip balik ucapan balas. Selepas raya pertama, saya akan buang semua mesej tuh. Bukan sebab tak menghargai, tapi, penuh inbox saya!! Lagipun, saya percaya, semua orang pun akan dapat mesej yang sama. Sebab, mudahkan cuma forward mesej tuh kat sesiapa yang kita nak. Berbanding kad raya, nilainya lain sangat. Kita akan pilih kad, kita akan pilih kata-kata dan kita berusaha untuk hantar. Thats it! 
#Tetiba emosi hanya kerana kad raya!#


Raya nie jugak saya ikut atok dan opah ke rumah sedara mara. Kemesraan masih terasa walaupun bersua hanya ketika raya. Biasalah manusia. Sebab beraya dengan atok dan opah, memang banyak sangat hal yang kelakar. Ada yang nak cerita kat sini pun terasa tak sesuai. Macam selebet sangat. Hahaha. Atok tuh memang selalu buat orang lain rasa jengkel tapi akhirnya tergelak. Yelah, bayangkan, orang nak keluar rumah, baru sibuk nak cari minyak rambut. Lepas tue, orang dah naik kereta, baru nak bagi kucing makan! Pastu tak ley blah bila tengok atok pakai songkok siap cop 1 Malaysia. Aduh atok. Boleh tak jangan patriotik sangat?? Nak beraya nie tok. Tapi, namanya pun atok. Dahlah menyakat opah sampai bertekak jer. Sabar sabar sabar. And, raya nie jugaklah baru saya tahu babi tuh ada nama manjanya. ABI. Hakhakhak. Cucu adik angkat opah, sibuk sebut ABI,ABI,ABI. Saya ingatkan dia panggil bapak dia ker. Ala-ala Islamik gitu budak kecik. Rupanya, dia panggil BABI yang selalu mengacau pokok ubi atok dia tuh. Pergh, boleh buat orang salah faham tau dek! 

Selamat hari raya daripada Tok Majid. 1 Malaysia. Janji ditepati.

Apa pun, 1 Syawal dah melabuhkan tirai. Semoga 2 Syawal nanti akan memberikan lebih banyak kegembiraan dan kesyukuran. Btw, sebab dah tua, hanya berjaya mengaut RM50 sahaja. Syukurlah daripada tak ada langsung. Apa pulak cerita raya anda???

No comments: