Wednesday 1 August 2012

Hari ke 26 dan 27 : Booo sama dia, booo...

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Isnin (30 Julai 2012)
Hari bermula biasa sahaja. Lepas sahur, bersiap ke sekolah. Sebelum jam 7 dah tiba di sekolah. Pencapaian yang baik dan sangat disukai. Kaki pun tak penat sangat tekan brek dan cluth macam dulu masa duduk IM 2. Jauhkan ke kawasan Alor Akar nie. Sekarang tak sampai 5minit dah sampai sekolah. Weueweu. Gembira.

Tapi, setiap kali hari Isnin, susah nak mengajar masa pertama sebab perhimpunan selalu habis lewat dan ada spot check dan sebagainya. Pelajar kelas 4 PPN banyak ketinggalan berbanding kelas lain. Nak habiskan satu sub-topik pun susah. Tak semua ada dalam kelas. Itulah inilah. Belum lagi yang kaki ponteng sekolah. Memang masaklah dibuatnya. Sakit jiwa nie. Ujian 3 pula ditunda ke awal bulan 9. So, sangat lega sikit. Sempatlah nak buat revision bab 7 dan bab 8. Huwaaaa. Kalau boleh, target kali nie mesti ada yang dapat A. Yea yeah!

Petang pulak ke kelas 4 JKA. 4 JKA supposed to be kelas yang paling disenangi sebab kelas nielah saya tak perlu lantang bersuara macam di kelas lain. Pelajar mudah beri kerjasama. (sebab cuma 19 orang tolak kaki ponteng dan kaki tidur!) Jauh beza dengan first impression saya masa kali pertama bersama mereka dulu. Tapikan, hari nie dyorang buat hallah. Main-main banyak sangat. Bukanlah sampai mengganggu sangat pengajaran saya tapi, beberapa orang pelajar cukup buat saya terasa hati. Terutamanya sikap ketua kelas. Last-last, loceng bunyi saja, saya bangun dan terus keluar. Takut termenangis dalam kelas. Naya! Saya ke surau tunggu waktu Zuhur dan terlelap~ (hahahahha) Balik tue tengok atas meja penuh buku-buku latihan pelajar. Daripada pelajar 4 PPN dan 4 JKA. Ewaah, tahu kau orang cikgu terasa hati, terus semua siapkan latihan dan hantar. Actually, pelajar-pelajar vokasional nie tak adalah biadap sangat. Hanya dua tiga orang saja. So, jangan takutlah nak berada di sini bila posting nanti. Kalau semua bekejar nak mentarbiyahkan budak sekolah agama, yang kat sini siapa nak pandang?? Siapa nak bantu??? Fikir-fikirkan.

Hari berakhir dengan lega walaupun dalam hati sedikit hilang mood sebab seseorang yang hauk!

# Belajar bersyukur, belajar berterima kasih, buang perasaan hasad dengki, iri hati dan bangga diri. Kita takkan berjaya kalau sentiasa rasa teguran orang kepada kita itu satu penghinaan. Kita takkan berjaya kalau rasa diri bagus dan besar sangat! Buwerkk #


Selasa ( 31 Julai 2012)
Erm, last day in July. Macam tak percaya. Sekejapnya praktikum nie. Tolak Sabtu dan Ahad. Berapa hari saja mengajar dan berada di sekolah. I need more and more. Can I?? Serius rasa tak cukup dan tak cukup. Nak lagi lama. Setahun maybe. Hiihihihi. Tapi, nak rumah sewa ditanggung kerajaan. Boleh gitu?? Selasa biasa saja. Sebab hanya ada satu kelas saja. 4 ABM. Prepared biasa-biasa sahaja sebab tumpuan saya lebih kepada sedikit tapi berkesan. Daripada buat banyak-banyak tapi satu pun mereka tak tahu, tak ingat, dan TAK FAHAM. Ya atau tidak?

Mungkin pelajar-pelajar kelas ABM ingat saya pilih kasih. Suka kepada sesetengah pelajar. Malangnya itu tidak pernah berlaku. Baik Izzudin, baik Faiz Comel, baik Amirul Husni, semua saya suka. Suka sebab kalian pelajar saya. Cuma kadang-kadang, mulut kerap menyebut Zariel, Izzudin, Hafiy sebab mereka tak pernah culas menghantar latihan pada saya. Sentiasa melaksanakan kerja sekolah. Beza sangat dengan kelas lain. Ini serius!! Ramai takkan menyangka dan percaya kelas vokasional akan buat kerja rumah, tapi, itu yang berlaku. Saya juga terperanjat. Dan, janji saya, selagi bernyawa di sini, nak membantu mereka nie sampai sekurang-kurangnya 5 orang mesti lulus dengan baik. Saya perhatikan, kalau soalan objektif, mereka boleh jawab, tapi, struktur dan esei memang lemah. Sebab tak tahu nak tulis jawapan apa. Biasalah, nak ingat fakta Sejarah bukan mudah. Kan??? Apalah agaknya cara yang sangat bagus untuk mengajar supaya mudah diingati selain video, peta minda dan games??? Tolong siapa yang baca blog nie bagi idea!!!! Tolong!!!!!!!

Hari berakhir dengan mood nak memasak kerabu ayam, resipi yang diambil dan di'alter' daripada pencipta asalnya kak Norzailina Nordin. Siapa yang tak kenal beliau??? Memang ler tue~ Gambar akan ditayang kemudian ler. Bagi diri sendiri rasaya sedap oh may!

# Janganlah kita sibuk mengejar populariti. Tak ada apa pun dengan kecantikan dan berapa banyak orang suka kita. Relaz-relax sudah. Yang perlu kita kejar adalah, berapa banyak manfaat/ilmu yang telah kita curahkan pada pelajar kita. Tak ada gunanya kita bersibuk-sibuk, heh, dia suka aku, dia pun suka aku, tapi akhirnya, belajar entah ke mana. (peringatan untuk diri sendiri) #

Boleh tayang gambar tak? I kan perempuan bajet fofuler bak kata pengkeji I!!! Hahaha.

Simple makes you bloom~ (Pang, berbakul kena keji dan maki)


Till then, Ennyau kena kurung dengan tuan dia, tak dapat nak sakat dah~

No comments: