Tuesday 7 August 2012

Ikan masak lemak cili api, kangkung goreng, spagetti dan lasagna special untuk keluarga tersayang.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Siapa yang rajin membaca blog peribadi saya nie, mesti dah tahu yang saya balik Tanjung Sedili yang tercinta Jumaat lepas. Bila kat rumah memang tak sah kalau tak makan sedap-sedap dan masak sedap-sedap. Hambek kau. Memuji diri sendiri tue. Start dah, start. Sebenarnya adik Huda request nak makan spegetti. Actually daripada awal puasa lagi budak kecik tue dah mintak-mintak nak kak ngahnya masakkan spagetti. Tapi sebab kekangan masa, memang tak sempat nak tunaikan. Jadi balik kali nie kita masakkanlah untuk dia.

Sementara mama ada urusan dengan bekas pengetua SMK Bandar, Huda dengan adik masuk Jusco beli barang dapur nak buat spegetti tue lah. Mama bagi RM 50 jer. So, kena pandai-pandailah pilih yang paling murah dan ekonomi! Momantai. Sebab, bila kita masak, jangan fikir semuanya mesti 100% lengkap ikut resepi yang kita tahu. Belajar untuk mix and matchkan semuanya. Jangan sebab tak ada satu barang sampai tak masak langsung okey. Tapi, kalau kau nak masak spagetti, ko tak beli pastanya, tak payah fikir nak makan spegetti ler! Okey, lets straight to the point. Dan sambil mencari bahan spagetti, dengan rakusnya terus amek bahan-bahan tok buat lasagna. Yeah. Hehehe.


Resepi ikan masak lemak cili api (Resepi tekak sendiri)

Bahan-bahan:
Ikan (ikut suka nak ikan apa)
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Kunyit
Halia
Cili api
Lada hitam
Garam

Cara-cara :
Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili api, lada hitam. Tumis tanpa minyak sebab kita guna santan jadi harus lesskan minyak. Tepu nanti perutnya dengan minyak. Okey, ada orang tak guna bawang merah bila masak lemak, tapi saya guna sebab nak rasa yang lebih auw. Haha. Boleh juga tambah ikan bilis. Bila dah agak kekuningan bahan tumisan tadi, bolehlah hentak-hentak serai guna lesung batu dan campak dalam kuali. Then boleh masukkan santan cair. After mendidih, masukkan ikan. After tue, boleh masukkan santan pekat. Settle.

#Huda akan guna 15-20 batang cili api untuk serving satu periuk sederhana lemak cili api. Lagi pedas lagi auw ok!#

Resepi spagetti (pernah bagi dulu, tengok sini)

Bahan-bahan
Pasta spagetti
5 biji tomato
Ayam/daging cincang
Cili kering dikisar halus (ikut suka nak pedas mana)
Oregano
Bawang Holland
Bawang putih
Garam
Lada hitam
Daun bawang

Cara-cara :
Kisar halus atau cincang tomato tue dan masak dia terlebih dahulu. Ala-ala macam sos gitu. Sambil masak sos tomato tue, bolehlah tumiskan bawang putih, bawang Holland (boleh kisar atau potong halus-halus) dan cili kering yang dikisar. Tumis sampai naik bau dan masukkan lada hitam dan oregano. Ikut kesukaan tekak memasing. Bila dan mendidih bolehlah masukkan ayam. Masak sampai naik baunya gitu dan masukkan sos tomato tadi. Masaklah sampai masak. Jangan lupa letak garam. Nak tumis nie boleh guna minyak masak atau butter. Its up to you.

Untuk pasta spagetti, just boiledkan dalam air panas, letak minyak sesudu biar tak melekat dan boleh letak garam kalau suka masin.

#bezanya resepi spagetti nie dengan yang ini adalah sebab saya menggunakan tomato asli sebagai sosnya.Yeah, thanks Fatin Liyana dan Aunty Nani.

Resepi Lasagna special

Bahan-bahan:
Instant 
Chesdale cheese
Butter
Mozarella
Susu segar
Tepung gandum
Hirisan ayam/daging/ikut suka nak apa
Sos spagetti (untuk sos lasagna)
Cili kisar (ikut suka nak atau tak nak)
Lada hitam
Oregano
Daun bawang
Garam

Cara-cara:
1. Buat dulu sos lasagna sama macam kita buat sos spagetti. Senang. Caranya boleh tengok kat atas.
2. Nak buat sos putih tue, panaskan periuk, masukkan butter, masukkan susu segar, dan tepung gandum. Buat sampai likat. Tangan kena sentiasa kacau sebab nanti sosnya berketul-ketul.
3. Celur instant lasagna dalam air mendidih dengan minyak dan sedikit garam. Okey, untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan lasagna nie, better korang celur sekeping-sekeping sebab takut melekat pulak nanti bila dimasukkan semua.
4. Susun bahan-bahan tadi ikut urutan. Mula-mula masukkan sos lasagna (isi ayam/daging). Lepas tue baru susun cantik-cantik kepingan lasagna yang dah dicelur. Lepas tue letak balik sos lasagna dan letak pulak sos putih. Ulang sampai bahan habis. Atas dia tue, Huda letak Chesdale cheese dan Mozarella cheese. Huda tabur daun bawang atas dia.
5. Bakar dengan suhu 180 degree selama 30 minit. Huda bakar lebih 30 minit sebab sos putih terlalu cair so amek masa nak bagi lasagna keras sikit.


#Ada banyak cara buatnya. Tapi Huda guna apa bahan yang ada, jimat dan tak payah susah payah. Masaklah ikut selera dan kemampuan kita. Tak perlu terlalu nak mengikut orang lain# Thanks pada Fatin Liyana dan Cik Epal atas perkongsian.

Tak tahulah ada rupa lasagna ke tidak. Sebab keleting jer bunyi oven, terus potong dan masukkan dalam tupperware sebab rushing nak balik Kuantan.

Sos putih tue kalau boleh guna tepung gandum supaya dia likat pekat. Nie guna tepung jagung agak lembek. Payah nak keraskan/bentukkan lasagnanya.


Huda kongsikan resepi-resepi nie supaya kalian semua tahu bahawa tak susah nak menghidangkan sesuatu untuk family kita. Ada masa jer kita buat sendiri, selain jimat, kita boleh rapatkan hubungan kekeluargaan. Seronok sangat tengok family makan bertambah-tambah dan berulang-ulang. Hilang penat kita memasak tue. Selain tue, makanan tu dijamin halal dan bersih. Yeah. Pesanan ini dibawa khas daripada Kuantan Darul Makmur~

Till then, hati nak buat kek lapis untuk anak murid. Sempat tak?

2 comments:

Nadzirah Amalina said...

wah! boleh masak utk nad la lepas ni..heee~

Unknown said...

Nad :
Hehehe. Boleh saja. Mai datang rumah.