Thursday 16 August 2012

Jangan tanya, tentu jawapannya tetap sama_Memang aku sedih!!!

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..


Hari bersejarah dalam hidup saya. Pengalaman pertama dalam hidup saya. 17 Ogos 2012, saya menghantar mama dan ayah juga kakak dan adik ke KLIA untuk mengerjakan umrah di tanah suci. Sedihnya terasa. Selama hidup nie, kami sentiasa bersama setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal. Berbeza dengan tahun nie. Sudah jadi ketetapan Allah swt bila mereka pergi dan saya di sini meniti saat-saat hadirnya Syawal bersendirian. Sudah tentu saya sedih. Janganlah lagi kalian bertanya-tanya tentang kesedihan ini. Kerana memang saya bersedih dan masih lagi menangis. Siapa juga yang tak rasa sedih. Sepatutnya saya juga bersama mereka tika ini, mengadap Kaabah, bermunajat kepada-Nya. Tapi, ketentuan Allah swt itu, manusia mana bisa menghalangnya!


Pagi tue bila mama kejut dan tanya nak ikut hantar ker tak, memang berat hati nak bangun. Sedih dan sayu jer rasa. Nak tengok mereka berangkat pergi sedangkan diri sendiri bersendirian di pagi Syawal. Tapi, lebih baik saya menghantar mereka daripada saya langsung tak melihat mereka. Naik jer kereta pagi tue, dah bergenang-genang dan berlinang-linang air mata. Urm, nak mennagis tapi terpaksa tahan. Sampailah tiba di Ayer Keroh untuk solat Subuh. Kesian mereka tak dapat bersahur dengan selesa. Mama ayah akan flight selama 18jam. Tentunya mereka lapar dan dahaga kerana hanya bersahur sedikit sahaja sebabkan menumpang kereta orang, terpaksalah berkelakuan seperti penumpang. Mustahil nak mengarah orang itu dan ini.

Tiba di KLIA, macam tak tertahan rasanya air mata. Nak beritahu mama ayah yang saya sedih sangat bila kena tinggal bersendirian. Tapi, tak patut pulak sebab nanti mereka tak tenang pulak masa beribadah. Apa pun, saya terbiasa dengan mereka ada di sisi saya. Berpisah dan bersendirian macam nie memang jauh daripada ingatan dan jangkauan saya. Apa pun, sayakan tak kahwin lagi, so ikatan kekeluargaan tue sangat kuat sebab kita bergantung sepenuhnya dengan mama ayah. Semuanya mama ayah. Walaupun mata kasar melihat saya sudah dewasa~ Sudah bergelar cikgu separuh masa (hanya guru pelatih)


Bila habis taklimat umrah yang disampaikan wakil Andalusia Travel & Tour, satu family berkumpul. Then, kami berbual sikit-sikit. Tetiba wakil Andalusia datang dan tanya kenapa my family tak turun ke balai menunggu lagi. Dah hampir masa untuk berlepaskan. Terus saya tak boleh control air mata. Menangis dan terus menangis. Yes, buruk giler muka masa nangis tue. Macam beruk pun iya. Tapi, itu secara automatik, bila kita terlalu sedihkan. Salam tangan mama, mama peluk saya, tapi, both of us tak cakap apa-apa pun. Nak cakap minta maaf pun tak terluah. But, I just hope mama faham semuanya yang saya nak sampaikan kat dia. Then salam tangan ayah dan ayah pesan jaga diri baik-baik. Sedih sangat. Seumur hidup, 23 tahun, ayah being my side for everything I do. Semuanya. Ayah yang belikan tiket bas, ayah yang hantar ke terminal, ayah jemput balik dari UPSI, ayah kejut bangun sahur, ayah telefon everyday sepanjang saya belajar jauh dan praktikal jauh dari family. Being ayah pada anak-anak perempuan, ayah adalah yang terbaik dalam hidup ini. Dalam dunia ini juga. Begitu juga mama. So bila mereka tak akan bersama kita untuk hari raya nie, terasa macam apalah ertinya hari raya. 


Tapi, itu semua Allah swt tetapkan. Siapalah kita nak bersangka buruk dengan Allah. Semoga sahaja perjalanan mereka ke sana selamat pergi dan balik ke Malaysia semula. Semoga pemergian mereka ke tanah suci diberkati dan diredhai Allah dan semoga niat mendapat umrah yang mabrur itu ditunaikan oleh-Nya sempena akhir Ramadhan yang mulia ini. And untuk saya, semoga pengalaman ini mendewasakan saya. Jika saya rasa berbuka puasa bersendirian itu menyedihkan, bayangkanlah apabila mereka benar-benar sudah tiada di dunia ini. Untuk rakan-rakan di luar sana, hargai ibu bapa kalian, hargai keluarga kalian selama mana mereka masih ada untuk menemani kalian. Biasa terjadi, kita tahu menghargai dan mensyukuri masa sesuatu itu telah hilang dari hidup kita. Jangan sampai itu terjadi pada kita.


Till then, menunggu dan terus menunggu panggilan dari tanah suci.


SELAMAT HARI RAYA, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI. SAYA INSAN BIASA, KERAP MELAKUKAN KHILAF, MOHON DIHALALKAN SEMUANYA.

No comments: