Saturday, 25 August 2012

Majlis pertunangan Asiah Tokichor dan Shapii Omar (21 Ogos 2012)

Assalamualaikum wbt. 
Salam sejahtera.


Too excited to see both of them atas pelamin. 

Dipendekkan cerita, saya mengucapkan selamat berbahagia buat kedua bakal mempelai. Semoga apa yang dimulakan ini akan disimpulkan dengan ikatan yang sah iaitu nikah dan semoga keduanya bahagia hingga ke anak cucu. Semoga cinta yang hadir akan berkekalan hingga ke Jannahnya. Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh-Nya. Perbanyakkan doa, perbanyakkan yang sunat. InshaAllah segalanya akan berlangsung dengan baik. Jaga diri, biasalah, darah manis.
#Terima kasih kerana menjemput saya hadir di hari bahagia kalian#


Tetiba teringat zaman persekolahan dulu yang mana Shapii atau Pie selalu kacau C-yah atau Asiah. Ejek-ejek C-yah 'Rabbit'. Tak sangka, yang diejek-ejek itu bakal menjadi suri rumahnya. Hikhikhik. Selalunya macam tuelah, luar keras hati di dalam macam nak gila memendam rasa. Yea yea. Tak pasal-pasal tertulis jiwang pulak.
#Terkadang, jauh kita berjalan mencari kebahagian diri yang didambakan, sedang kita tak perasan 'dia' hanya di depan mata.#


Untuk yang lain, segera-segerakanlah urusan tuh. Yang dah 8 tahun tuh, hah, cecepat sikit naik pelamin. Tak sabar nak pergi shopping hadiah korang nie. Hehehehehe. 


Doakan kami pula mengikuti jejak langkah kalian. 




#Gambar lain akan menyusul kemudian, photoG masih tak menjumpai talian internet#
# Ucapan tahniah turut diberikan buat sahabat universiti, Still Alive@ Zuraidah yang juga mengadakan majlis pertunangannya. Tahniah korang. Semoga segera terikat#

2 comments:

NuR aQiLaH mOhD aMiN said...

ohoiiii..macam teras aje yg dah 8 tahun tuh..hehe..sabar ye kawan2 :)

NURUL HUDA TAIB said...

kekeke.
siapalah agaknya tuh kan.
wish ur relationship never dies.
=)