Wednesday, 29 August 2012

Sana sini tunang, majlis perkahwinan dan jamuan raya!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Sabtu (25 Ogos 2012)
Owh, hari yang bagi saya memang awesome giler!!! Tak tahu nak cakap apa. I was very happy and macam giler pun iya. Sebab, saya keluar bertemu dengan kawan-kawan yang best dan awesome sangatlah!!! Hey guys, thanks for being my friend and thanks sebab tak malu nak berjalan dengan orang sakai nie. =) Teehee. 

Tahun nie macam raya dah suram, indeed of me lah kan. First sebab ayah mama jauh di perantauan (ececeh) lepas tuh, I thought boleh konvoi raya dengan kawan-kawan but semua macam tak available pulak dah. Semua ada urusan masing-masing. Yang bertunang, bertunang, yang balik kampung, balik kampung, yang ada kelas, ke kelas (merujuk kepada Chepot) dan yang sibuk mencari nafkah pun iya jugak/ Okeylah, camni lah kan. Time I ada kat Malaysia, semua pun sibuk. Time I tak de, korang siap naik bukit pergi rumah Ulul Azmi kan. Emo lah macam nie. Stress tau I korang nie. Tapikan tapi, walaupun ada macam-macam halangan, dugaan dan segala macam alasan, saya happy jugak sebab dapat jugak jumpa dengan some of my friends. Owh, itu sangat mengujakan! Macam first time saya masuk kelas mengajar!!! Woohoo.
#Thanks Izzatie for accompany me, muah muah muah#
#Thanks Jannah for the soto, thanks Shabila and Tiara, thanks Bongek & Lokman, thanks Has for the invitation, thanks Qila coz tahan dengan kerenah Huda, thanks Ulul, Zieha, Khai, Abg Azli and Abg ___ (tak ingat, tapi kenal, hehehe) and big thanks jugak untuk Pyan sebab tak pernah sombong!!!#

Cumanya, hati teringin sangat nak jumpa Dila dan Dian. Entah kenapa. Macam sangat lama tak jumpa mereka nie. Last jumpa tahun 2010 kot masa raya gak lah. Ada juga ke Aping Timur tapi, tak berjodoh langsung nak bertemu. Ingatkan adalah mereka masa kenduri C-yah tapi, tak ketemu jua. Pape pun, harap korang sentiasa baik-baik sahaja yer. Harap-harapnya next time kita bolehlah kembalikan konvoi raya tuh supaya silaturahim kita sentiasa erat dan rapat. Yerlah, some of us kenal dah dari sekolah rendah, tapi rata-rata kenal sejak Tingkatan 1 kan. Duduk asrama, jadi macam adik-beradik, rindu tau tau tau bila lama tak jumpa. Jumpa-jumpa semua macam kaku. Sebab habis form 5 bawak haluan memasing. Tak mau tak mau gitu ok! Biarlah macam mana kita sekolah dulu, macam tuh lah kita sekarang dan akan datang!!! Ok, janji. (Macam cakap sendiri dan untuk diri sendiri pulak!)

Apapun, entri nie sebenarnya nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk KAK EZA MIZA sempena persandingannya yang berlangsung pada 25 Ogos 2012. Majlis yang super meriah sebab ada klon Ramli Sarip, hakhak, lepas tuh pelaminnya sangat-sangatlah awesome, cantik, sejuk mata memandang dan pengantin lelakinya sangat handsome dan cute. Opss, sorry kak. Gurau saja. Lauk pauk kenduri pun sedap sampai nak tambah lagi tapi otak kata DIET. Thanks jugak kat Has yang jemput. =)

Tahniah jugak buat KAK IETA yang bertunang jugak pada 25 Ogos 2012. Erm, ramai betul yang mengikat tali pertunangan raya nie. 

Big thanks tok family JANNAH untuk soto yang sedap tuh. Maceh-maceh.

And, takkan dilupakan sepanjang hayat adalah, IBU Zatie yang sentiasa membekalkan lauk-pauk untuk saya sepanjang cuti raya nie. Terima kasih ibu!!! Jasamu dikenang sehingga akhir hayat.











Berakhir sudah entri cuti-cuti raya dan kita akan kembali semula dengan kisah-kisah praktikum!!! Hebatnya rasa hidup ini kalau sentiasa memberi dan menerima. Indahnya hidup ini kalau hati dipenuhi rasa kasih sayang pada semua orang. Cerianya hidup ini kalau kita tahu menghargai insan sekeliling kita. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

2 comments:

muhammad nur'izzuddin said...

hai asik citerw sal naek plamin jerw..hakhakhak...dah owg tuh bile ag nk ambk turn..????huhuhuhu...=D

NURUL HUDA TAIB said...

begitu.
tunggu turn awk dululah.