Friday 17 August 2012

Hari ke-36+37 dan 38 : Mood raya sudah datang

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Rasanya sudah culas menaip beberapa hari ini. Kesibukan yang teramat sangat sampaikan buku pelajar juga tak bertanda. Bukan apa, pentingnya menanda buku pelajar ini adalah yang utamanya, kita dapat mengenali dan mengingati nama-nama pelajar kita dengan mudah. Keduanya, kita dapat mengesan sikap para pelajar kita. Mana yang rajin berusaha, mana pula yang kuat angannya. Bukan untuk kita kutuk dan hina, tapi, untuk kita dekati dia dan bawa dia seiring dengan matlamat kita. Jangan sesekali menjadi guru, kita bersikap sambil lewa. 'Kalau tak mahu belajar, sudahlah, yang penting tiap bulan saya cash out gaji!'. Semoga Allah swt kuatkan hati dan iman saya walaupun 30 tahun saya mengajar, saya takkan mengalah hanya kerana pelajar tak mahu belajar. I realize yang dunia pendidikan sekarang tak sama dengan tahun mak ayah saya dulu. Even masa saya sekolah dulu pun tak sama. Masih segar dalam ingatan saya, saya di Tingkatan 3, dah Tingkatan 3 tau masa tuh, tapi once nak lalu satu tempat tue kalau ternampak ada cikgu kat depan saya, automatik saya tukar laluan lain. Sanggup meredah longkang dan tanah semata-mata tak mahu bertembung dengan guru. Pelajar sekarang, dia yang meninggi suara depan saya. Terkadang terbit sedih dalam hati nie, tapi, saya percaya, suatu hari nanti, pelajar-pelajar akan sedar, kenapa mereka harus menghormati guru atau insan lain baik yang tua daripada mereka atau setaraf umurnya.

Terus pada rentetan kenangan setiap harilah.

Isnin (13 Ogos 2012)
Sepatutnya pagi tue ada penggambaran guru-guru sekolah. Jumaat lepas, kak Wan Munah, which is kakak yang sangat baik dah hantar kad jemputan untuk majlis penggambaran guru-guru tersebut. Sifat keibuan kak Wan terserlah sangat. Being perantau, jauh daripada keluarga, adalah sangat bagus bila kita dikurniakan insan-insan baik sepertinya. Adalah tempat untuk kita mencurah rasa. Kak Iffah pun dah pesan awal-awal pakai blazer tau masa amek gambar nanti. Its means, walaupun hanya guru pelatih, tapi kami dijemput sama untuk mengabadikan foto kami selaku pendidik SMVK. 

Malangnya, pagi tue, berlaku sedikit salah faham sesetengah guru yang ingat kami tidak perlu berada dalam set penggambaran. Erm, even terkilan, I noticed yang no need to be sad. Kenangan yang hadir setiap hari cukuplah tersemat di memori dan hati. So, saya just masuk kelas 4 PPN untuk teruskan membuat latihan bersama mereka. Erm, agak sedih sebenarnya kalau masuk 4 PPN. Bukan semua pelajar boleh terima kita. Bukan tujuan saya merungut atau mengaibkan, tapi, Ya Allah, keluar saja dari kelas tuh, saya rasa macam tak best sangat. Sebab, saya takut kalau ilmu saya beri tak diterima mereka. Saya sediakan latihan, saya sediakan nota. Terkadang berhabis duit sendiri. (Sedia maklum saya hanya guru pelatih berbekalkan wang biasiswa yang di situlah terkandung segala wang perbelanjaan saya termasuk sewa rumah, minyak kereta dan makan!) Tapi, sedih, usaha saya masih diibaratkan mencurah air ke daun keladi. Saya sedia maklum, mereka bijak-bijak belaka. Tapi, apasalahnya kalau letakkan sedikit rasa hormat buat cikgu anda. Tak nampak ker mereka saya berdiri di hadapan kelas, terpekik-pekik mengajar.  Sebab, mama ayah selalu ingatkan, apa yang kita tonjolkan di luar, adalah GAMBARAN SIKAP IBU BAPA KITA. Kalau buruk perangai kita, buruk juga nama baik ibu bapa kita. Masha Allah. Walaubagaimanapun, Ramadhan akhir nie, saya hanya mengharapkan, kalau tak banyak, Allah swt letakkan sedikit kesedaran di hati-hati mereka, biar hati mereka cintakan ilmu. 


Tengaharinya, saya mengajar 4 JKA. Mengajar KOMSAS. Alhamdulillah, walaupun proses mengajar agak lambat sebab terpaksa menjerit menyuruh mereka diam, menyuruh mereka bangun dari tidur dan menyuruh mereka duduk di tempat masing-masing, pengajaran selesai dengan baik. Daripada lebih kurang 15 orang yang hadir, 3 orang daripadanya mampu mencapai hasil pembelajaran dengan baik. Faham apa itu tema, faham apa itu persoalan, faham apa itu watak dan perwatakan serta nilai. Pengajaran mereka lain daripada yang lain kerana saya berbekalkan modul PERHALUS. Walaupun diberitahu mereka kurang aktif dalam berfikir, alhamdulillah, sebulan mengajar, saya lihat ada peningkatan dari segi USAHA. Cukuplah. InshaAllah, akan ada peningkatan dari segi pencapaian pula nanti. Doa dan usaha saya belum lagi ada noktahnya. Cuma yang ingin saya kukuhkan adalah membantu mereka mencari nilai diri sendiri. Kalau masih terumbang- ambing, memang mengajar macam mana pun, mereka takkan faham erti hidup dan keperluan belajar itu.


Selasa (14 Ogos 2012) ( Birthday MAMA)
Hari Selasa adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu sebab cuma mengajar satu kelas saja. Yeah yeah. Lagipun mengajar 4 ABM. Ah, small matter tuh. Sekarang nak ajar diorang nie senang sebab rata-rata mereka mudah memberikan kerjasama. Suruh dengar dan buat latihan, mereka buat. Peliknya, lelaki lebih rajin daripada perempuan. Patutlah chef lelaki, tukang kemas rumah lelaki, tukang jahit pun lelaki! (merujuk pada Chef Wan, Eric Leong dan Radzuan Radwill dll). 

Hari nie dah masuk bab baru. Saya ajar bab 9. Yeah yeah. Seronok. Tak tahulah mereka faham tak saya ajar sebab, almaklum guru baru. Skill pun tumpul lagi. Saya akan cuba perbaiki cara pengajaran saya supaya mereka lebih mudah faham dengan cara saya memberi penerangan. Penerangan guru sangat penting taw. Kadang-kadang ada reaksi guru waktu menerang yang diingati pelajar, terus mereka ingat bait-bait patah yang disebut oleh guru. Bukankah begitu juga bagus?

Ada pelajar mengatakan saya bias sebab asyik puji 4 ABM. Kalian harus sedar, guru juga manusia. Guru ada perasaan sedih dan kecewanya. Guru ada perasaan riang gembiranya. Tentulah guru akan menyebut tentang pelajar yang sering membuat hatinya gembira. Buat apa nakl disebut pelajar-pelajar yang buat dia rasa sedih dan kecewa. Betul tak? Bukan bersikap pilih kasih, tapi, saya hanya manusia biasa. Kalau guru lama pun ada kelas pilihan mereka, saya yang baru nie tentulah ada kelas pilihan saya. Tentulah saya sukakan kelas yang pabila saya mengajar, mereka memberi tumpuan, apabila saya memberi latihan, mereka laksanakan. 


Rabu (15 Ogos 2012)
Pengajaran hanya ada satu waktu sahaja. Awal pagi lagi, kak Asiah dah pesan, 'Huda, hari nie latih budak sajak pukul 9.30 pagi'. Baik~ Actually, saya bukan seorang yang hebat dalam bersajak. Hanya boleh gitu-gitu saja. Tapi, bersyukur sangat sebab dulu, di SMK Tun Habab, aktiviti bersajak, berpuisi, nyanyian semua diketengahkan seiring dengan akademik yang cemerlang. So, banyak cendekiawan dan ahli sastera lahir di Tun Habab. Bakat mereka, keterampilan mereka serta kelunakan suara mereka akan sentiasa dalam ingatan saya. Ilmu yang baik, saya cedok dan simpan kemas untuk kegunaan saya. Untuk masa-masa macam nie lah. Thanks buat Pn Mahnita yang ilmu dan kata-katanya saya ingat hingga kini walaupun hanya berkesempatan belajar sewaktu bengkel Bahasa Melayu SPM sahaja. Terima kasih juga buat junior, Ain Taham, kerana bakat dan keberaniannya, mampu saya mengalun suara bersajak di hadapan students saya. Ada pelajar 4 KFL jumpa saya dan berkata, 'Cikgu, mana cikgu belajar semua nie? Cikgu pandai ajar Sejarah, cikgu bersajak sedap, saya suka'. Erm, alhamdulillah, semuanya kurniaan Allah swt. Sebagaimana awak masih belajar, saya juga begitu. Saya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan lagi. Belum ada pencapaian bertaraf negeri pun. Hanya usaha dan doa yang berterusan.


Sebut mengenai 4 KFL, sudah saya ceritakan di entri-entri awal. Saya kerap kali relief kelas mereka untuk subjek Sejarah. Hari nie pun sepatutnya saya relief, tapi, masuk ke kelas, adalah 4 orang pelajar. Hari akhir persekolahankan. Manalah pelajar rajin nak datang. Masuk jer kelas, saya katakan pada mereka, ok, cikgu relief kelas awak nie, tapi, cikgu tak sukalah tengok kelas bersepah. Kemas kelas dulu boleh? Nanti kita tengok persembahan. (Saya angkut sekali budak yang saya latih sajak ke kelas nie, sebab masa suntukkan). Ya Allah, sekali saja saya minta, dengan suara yang lembut pulak tuh, terus mereka, 4 orang, kemas kelas! Ya, pelajar 4 KFL nie, saya respect kat mereka. Patutlah kak Shams M selalu cakap, dia suka mengajar 4 KFL. Mereka memang dengar cakap. Tak perlu nak terjerit-jerit mereka memang dah bagus. Tak sampai setengah jam, kelas bersih. Kerusi meja tersusun rapi. Lantai licin. Kipas berkilat, laju jer pusingan anginnya. Doa cikgu, masukkan ilmu yang baik untuk kalian, semoga kalian akan berjaya di dunia dan akhirat. 

Saya juga menyudahkan kerja-kerja mengutip borang pertandingan kemerdekaan. Walaupun penyertaan suam-suam kuku sahaja, saya masih bersyukur. Kadang-kadang bila rancangkan sesuatu, janganlah kita sangkakan semuanya akan berjalan menurut kehendak kita. Kadang-kadang ia perlukan waktu. Yang pertama saya anjurkan ini, sungguh saya mengharap yang terbaik walaupun yang datang nanti hanya seorang. Suatu hari nanti mereka akan sedar juga.

Sesi persekolahan berakhir dengan baik. Semuanya berjalan lancar. Saya juga menghantar pelajar balik ke rumah mereka. Malahan diberikan pula kuih-muih hari raya. Aduh, jadi guru nie, memang selalu menyentuh hati. Seronoknya menajdi cikgu ini tak terkata. Tapi, saya tak mahu jadi cikgu yang baik dengan pelajar, disukai kerana lembut, tapi, saya mahu jadi cikgu yang diingati kerana semangatnya, mahu jadi cikgu yang dihormati kerana ketegasannya dan disukai kerana lembutnya mendisiplinkan pelajar. Profesion ini kecintaan dari kecil saya, saya mahu jadikannya kerjaya seumur hidup saya! 

Kuih raya pemberian mak HasnorNadhirah. Terima kasih mak cik.
Anak didik 4 Binaan Bangunan 1.
Kelas lain tak sempat saya nak ambil sebab bersepah ke sana-sini budaknya. Alah, ada masa lagi nak penuhkan folder. Hikhikhik.
Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji.
Mendidik dan membimbing, putera puteri negara kita!


TERIMA KASIH ANAK DIDIK SM VOKASIONAL KUANTAN. KALIAN MENDEWASAKAN CIKGU. KALIAN AKAN SENTIASA DALAM INGATAN CIKGU.



Bersendirian di rumah, menunggu tibanya Syawal. Mujurlah anak kucing sentiasa mengeow. Kurang sedikit rasa sunyi. And thanks pada yang tak jemu-jemu menghantar mesej. Hekhekhek.

No comments: