Tuesday 20 November 2012

Ikan oh ikan

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Sejak-sejak dah jadi suri rumah nih, update blog pun mestilah hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangga. Yedok? Cerita tentang periuk belanga, kain menimbun tak lipat, periuk hangus, tepung terbarai. Semua tuh ah. Hahahahaha. Tak ada lagi cerita pergi ECM dating dengan Onew ker, makan nasi kukus Cikgu Joe belanja ker, langsung tak ada cerita kena relief kelas sampai pengsan. Hihihihi. Yang ada cuma cerita hari nih masak sambal ikan, besok ikan masak kicap lusa bakar rumah! (TENSION)



Hahahax. Itu semua berkait rapat dengan isu yang nak diceritakan. Ya, tengok tajuk. Hari ni puan-puan, tuan-tuan. Kita akan bergosip mengenai ikan. Ya, ikan. Yang handsome dan kacak di laut dan sungai tuh. (bukan kacak dan handsome sama makna???). Ikan nih memang makanan kesukaan den. Memang den akan pilih ikan daripada segala protien yang lain. Tak tahu kenapa. Mungkin faktor ikan lembut dan dia macam mesra alam dengan manusia barangkali. Hihiks. Tak ada kena mengena langsung ah. Walaupun suka makan ikan dan pandai masak ikan, tapi, masalah utama saya adalah TAK PANDAI SIANG IKAN.


Kisah 1
Tak ingatlah bila, ayah beli ikan, terus masuk freeze. Biasanya ayah beli ikan, siang, basuh dan masuk dalam freeze. Tapi, ada satu hari tuh, ayah beli tapi dia tak siang!!! Tapi sebagai perempuan, macam tak cool nak tunggu ayah siangkan. Tak pe. Kita buat percubaan. Setiap orangkan ada kali pertamanya. Ceh. So, sediakan parang dengan papan pemotong. Zassss. Selesai. Basuh. Tumbuk kunyit sikit dengan garam, gaul-gaul dan kita goreng. Hidangkan kat family. 



Tatkala ayah dan mama bukak sahaja tudung saji. Maka, tercenganglah mereka. Soalan ayah, ke manakah kepala ikan nih kak ngah? Habis langsung kepalanya disiang? Hehehhehehe. Jawapan saya, kepala ikan untuk kucing, manakala badan adalah milik kita!! Ya, milik kita manusia!! Yeayy!!! 
*sejak hari itu, tak pernah lagi kulihat ikan belum disiang dalam freeze. takut barangkali*


Wassalam


***Soon, akan bercerita mengenai Kuantan. Hah, bila pergi Kuantan? Tak cerita-cerita pun. Hahahaha.

No comments: