Tuesday 6 November 2012

SIBLING

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Tiga beradik. Berbeza perangai. Berbeza minat. 

Rutin harian semenjak berhenti kerja (?) nih memang tak ada lain adalah kena (wajib) bangun pagi untuk solat Subuh. Lepas tuh, sebab perempuan baik-baik (hihiks) kita tak tidur selepas Subuh melainkan malam tuh kita overtime (OTP) dan kita ter-mengantuk. Hihiks. Kalau tak penat, kita sarapan. Lepas tuh rendam kain dalam mesin basuh. Keluar jogging for 2 hours. Then sapu laman rumah sikit sebelum masuk rumah kemas rumah dan masak. Fuhh. Penatnya. Macam nih lah mak-mak kat luar tuh. Except mak-mak tak pergi jogging!!! Hihiks.


Nak dijadikan cerita, hari ni memang bosan sangat rasanya sebab cuaca macam swing-swing sahaja. (?). Lepas tuh tak ada mood pulak. (Perempuan!!!). Lepas tuh perasaan ada macam touching sikit dekat Onew. Urm. Heh, apa benda nih, bosan ah. Cerita cintan-cintun emmang tak menarik hati langsung! Tak cool. Tukar cerita ok tukar cerita ok. OK!


Ok, sebab bosan, pergi bengkel ayah. Bengkel sebelah rumah atau lebih tepat bengkel yang bersambung dengan rumah. Pergi sana dengan kelajuan kapal terbang. Mintak pengikis. Mintak pengikis, bukan kita kaki kikis. Tolong baca betul-betul. Tampar kang!!! Pengikis nak buat apa??? Kikis dinding rumah. Kikis cat-cat yang macam apa kat dinding rumah tuh. Rumah nih, entah lah. Dah macam ladang ternak dah tengoknya. Bertahun-tahun tak bercat sebab semua orang sibuk, bila raya tak raya kat sini. Bila duduk masa cuti nih baru perasan, eh, rumah ker nih? (Ingatkan ZOO). So, duduklah mengikis dinding. Tanggalkan cat-cat yang macam hodoh nak mam tuh. Huhuhu. Kepenatan. Mungkin sebab 1jam setengah punya joging. So, jantung dah tak mampu nak mengikis.


Masa nih, otak terus berfikir. Kenapalah Allah swt tak bagi adik-beradik lelaki kat kita erk? Kita orang tiga beradik. Semuanya perempuans. Lepas tuh kakak sikit punya ayu-ayu longlai. Adik pulak stok-stok lemau. Hahahaha. (Jahat). Masa duduk mengikis dinding tuh, mintak tolong dengan adik kikiskan sekali. Sebab dia dah tak sekolah kan. Dia kikis adalah sebesar coklat cadbury yang RM 3.80 lepas tuh dia lari masuk rumah, silang kaki, atas katil, baca novel!!! How dare you adik!!! 


Kalau ada abang ker adik lelaki mesti seronok. Sebab kita boleh buli dieorang kan. Kita boleh suruh dia buat kerja berat-berat. Ringanlah sikit beban kita yang perempuan nih. Ini tak, ayah sorang jek lelaki. Kalau ayah tak kuat nak buat sendiri, kita yang perempuan kena buat. Tapi, tenaga kita kan lemah. Heh, meroyan! Contoh lain, kita boleh suruh sibling lelaki cucikan kereta kita yang berlapuk dan berhabuk tuh. Sebab lelaki dia malas kemas rumah, tapi, kalau kereta mesti kilat sampai bila terkena matahari bisa membuat kita yang lalu nih bersinar-sinar. (Ah, lebih lah kau!)


Teringat ada satu masa tuh. Kancil kesayangan tuh buat hal. Rosak. Atas jambatan!!! Jambatan kat Kota Tinggi. Kat Sungai Johor tuh. Can you imagine that? Ada 5 orang dalam kereta. Ayah, mama, kakak, saya dan adik. Masa tuh dah molek-molek pakai skirt. Dah kereta rosak, siapa nak tolak. Mustahil nak biarkan kereta tuh mengekang jalan. Dahlah jalan utama. Takkan sebagai anak nak suruh mama tolak pulak. Sungguhlah rasa tak gentlegirl langsung. (Hah??) Terpaksalah tiga dara pingitan tolong tolak kereta. Malu, ,bengang, segan dan bekeng tak usah cakap ah. Tapi kalau ada adik-beradik lelaki, mesti boleh kawtim dengan dieorang. (kita bolehlah berdiri tepi jalan while abang dan adik settlekan kereta!) Hahahaha. Besarnya kebaikan ada adik-beradik lelaki.


Lepas tuh terus terfikir jauh lagi dan jauh lagi-lagi. Kami tiga perempuan. Which is perempuan kalau kahwin, mesti ikut suami. So??? Kami bertiga kena ikut suami. So, mama ayah, macam mana??? (Sedih!!!) Macam mana nak kahwin nih? Nanti siapa nak tengokkan mama ayah? Duduk sekali? Habis suami macam mana? Duduk sebelah rumah? Kerja? Owh, banyaknya terfikir. Senangnya, tak payah kahwin. Heh, boleh gitu pulak! (Dang!!)


Pastu, saya perasan. Orang yang dalam list siblings ada adik-beradik lelaki, dia akan lebih relax dengan kehidupan dia tau. Sebab, hormon dia mungkin bercampur-aduk. (Pekena dengan hormon heh??). Camnih ah. Dia lebih kurang macam dia relax-relax jek. Sebab, adik-beradik lelaki kan chill-chill ajer. Tengok lelaki, kalau bercinta ke apa ker. Relax. Tenang-tenang saja. Apa masalah lelaki tak boleh handle. Hihiks. So, yang perempuan akan terikut-ikut sikit ah sibling dia yang lelaki. Lepas tuh, kebaikan adik-beradik lelaki nih kan, dia macam, yang lelaki mesti jaga yang perempuan gila-gila. Tak adalah dia nak cakap I Love You adik ke akak ker. Cuma dia macam kalau adik ke akak dia ada kawan dengan lelaki, mesti dia 'jaga' ah. Siapa bagi kan orang kacau adik-beradik dia sendiri. (Walaupun kekadang dia pun kacau anak dara orang heh!). Kan3? Betul tak?


Tapi, itu kalau ada adik-beradik lelaki ah. Masalahnya, dalam family nih, hanya ayah seorang lelaki. So, tak dapek ah nak feeling-feeling nak membuli abang ke adik lelaki suruh buat kerja berat. Sendiri jugak ah kena tolong ayah. Apa pun. Syukur dengan nikmat pemberian Allah swt itu yang paling utama. Berhenti mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Sebab, semuanya mesti ada hikmahnya. =)



* Sorry ah lately nih menulis macam buat karangan SPM. Mungkin bosan barangkali*


Wassalam

No comments: