Monday 5 November 2012

Ketika aku....

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu
Ketika aku meluruskan kerana aku tak mahu kau berbelok arah
Ketika aku berdoa untukmu
Ketika aku tersenyum untuk kebahagianmu

Ketika aku memberi harapan saat kau mulai terjatuh
Ketika aku tanpa jemu membantumu
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu

Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf bagimu
Ketika aku menjaga rahsiamu
Ketika kita duduk bersama dan perbicaraan kita selalu tertuju kebaikan

Dan
Ketika suatu saat nanti
Aku harus melepaskanmu dengan keikhlasan
Izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah



Till then, berdoa dan terus berdoa.
Mungkin bukan sekarang tetapi Allah swt tak pernah mengabaikan hambaNya. Kadang-kadang ujian yang diturunkan adalah kerana kerinduannya untuk bersama dengan hambaNya. Terkadang di waktu senang, mudah untuk kita melupakanNya dan hanya bila sukar kita mendekatiNya. Allahuakbar. Persiapkan daku untuk bertemuMu Ya Allah.
Menghitung hari~

No comments: