Monday 26 November 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2, Skyfall, Friendship and Relationship

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Cerita basi sebenarnya nih. Tapi, sebab saya koya, saya nak publish jugak. Peduli apa kan. Blog sendiri. Pilihan sendiri. Hihihihi. Aigoo. Tak mahu lah beremosi tatkala membaca post-post saya nih eh. 


Siapa yang tak tahu Kota Tinggi dah ada PANGGUNG WAYANG sendiri memang tak tahu lah nak cakap apa. Imam kat Masjid Bandar pun tau lah Kota Tinggi dah ada cinema sendiri. So, orang Kota Tinggi toksah ribut-ribu nak ker Jusco hanya untuk menonton. Membazir. Hahahha. 


Dipendekkan cerita, Khamis lepas. Johor cuti kan. Tak ada plan nak keluar pun. Tetiba Izzati, bestfriend for ever call. Dia call ajak pegi bandar tengok wayang. Tanya dia pukul berapa. Dia jawab dengan coolnya, kalau boleh awak pergi mandi sekarang! What?? Walhal saya baru balik jogging 5km. Tercungap-cungap lagi tuh. Tapi, demi wayang FREE dan Izzati yang baik hati, saya gagahkan diri. Mintak izin dengan mama, mama bagi, terus iron baju dengan tudung, mandi, tepek bedak sedas dua, vrooom, sampai rumah Izzati. Rupanya Izzati masih belum siap!!! =D *mata ke atas, tangan kat pinggang*
= Drama berlangsung 15minit seterusnya dengan Izzati mencari kunci rumah, cermin mata abang ngah, telefon ayah, telefon along, akhirnya masuk dalam kereta dan blah =


Dipendekkan cerita lagi, lepas pick-up adik Izzati (Haziq), kita terus pecut ke PANGGUNG WAYANG TERBESAR di KOTA TINGGI, iaitu di Heritage Mall. Yeay. Masing-masing teruja. Sebab masing-masing kampungan. Belum pernah masuk lagi MBO kat Heritage Mall nih. Carik punya carik, jumpa! Yeay. Nasib tak payah tanya guard mana cinema nya. Kalau sampai kena tanya, memang saya tak nak dah tengok wayang. Hahahaha. Izzati dah awal-awal bagitau nak tengok TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2. Tapi Haziq nak tengok SKYFALL. Saya? Tak kesah. Sebab saya follow jek. Yang penting keluar panggung nanti tak rasa nak campak kerusi kat screen. Hahahhahaha. Akhirnya, TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 menang! Haruslah kan. Izzati yang keluar duit, mesti dia menang. 



Alkisahnya, TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 memang BEST dan TERBAIK!!! Serius. Siapa yang belum tengok dan berhajat nak pergi tengok wayang, silakan beli tiket ini. Saya sokong 100% pilihan anda. Sebab, dengan harga RM 11 anda memang akan puas hati till the end. Saya yang baru first time tengok cerita nih pun, yang tak ikuti perkembangan cerita nih pun rasa teruja sangat. Sebab dia memang best. Paling best sebab, dah feeling sedih-sedih, sendu-sendu, rasa kecewa bila ayah Edward mati, serigala kawan Jacob mati, penat dah sedih nih, rupanya khayalan si Aro jek!! Aduh, satu panggung menjerit. Mahu tak tension. Bayangkan korang tengok hero mati, ko nangis tersedu-sedu, pastu tuh cuma mimpi. Apa ko rasa hah?? Hahahhaaha. Itulah yang kami rasa. Sobsobsob. Lagha semua nih.


Habis jek tengok Twilight nih, perasaan puas hati terpancar kat muka masing-masing. Semua muka bercahaya. Walhal lepas tengok Al-Kuliyyah tak ada pun terpancar Nur Iman kat muka memasing. Hahhahaha. Izzati dengan adik dia buat kerja gila. Pergi beli tiket wayang SKYFALL pulak!!! Hal ini terjadi kerana perasaan cinta dan kasih sayang Izzati untuk adiknya Haziq, maka, kita SKYFALL pulak. Saya? Follow! Sampaikan L.O.V.E call sampai 10x pun tak dengar. Hahahha. Kesian dia. 



SKYFALL okey lah best. Dah lama kan cerita nih keluar. Mungkin sebab dah tengok TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 yang best sangat tuh sampai masa tengok SKYFALL nih, energy habis dah. Tapi, SKYFALL pun tak mengecewakan sebab dapat tengok lelaki yang psycho macam Silva. Part yang memang menggelikan bila Silva cabut gigi palsu dia tuh. Uweekkkss. Nak termuntah rasanya. Serius. Tapi, real sangat-sangat!!! Tapi, kenapa ending mesti bos Bond tuh mati??? Itu yang kita kesalkan. Eh, motif sangat!!! Hahahaha, yang penting SKYFALL pun puas hati!


And, yang paling puas hatinya, sebab dengan tak tersangka, kitaorang jumpa kawan sekolah (DIAN PELANGI!!!) yang rasanya lama sangat tak jumpa dia. 2 tahun kot. Hihihihi. Walhal, masing-masing orang Johor. Langsung tak ada nak contact-contact kan. Camnih ah kan. Yelah, tak ley nak salahkan sesiapa jugak. Sebab, bila makin dewasa, kita semua sibuk mengejar kehidupan masing-masing. Sibuk uruskan family, career, boyfriend, studies. Macam mana nak meet up macam zaman sekolah dulu? Memang tak lah kan.Lagi-lagi yang dah beranak tuh, takkan nak hang dengan botol susu anak, pampers. Susahlah kan. 



And, the best thing jugakkan. Family Izzati sangat best sampai rasanya kitaorang nih macam adik-beradik pulak. Sebab, kalau datang rumah Izzati mesti dapat makan sedap-sedap. Sebab mak dan ayah dia sangat pandai masak!!! Dapat KFC, dapat makan kuah durian (tak tahu nama), makan sambal udang, siap dapat bawak balik roti sebungkus. Mana ada orang nak berbaik hati macam nih dengan orang luar? Dengan sedarah sedaging pun kedekut. Realiti kan. 


Sorrylah entri panjang macam lah good-good sangat. Hihihi. Semoga terhibur dan kalau tak terhibur, bolehlah tidur sekarang. Till then, bye korang. Daaaa~

2 comments:

NessaQ NasiR said...

ble la sye dpt join nie!!! huhuhu

Unknown said...

bila semuanya dah selesai. hihihi