Friday 9 November 2012

ISTANBUL....AKU DATANG

Assalamualaikum wbt....
Salam sejahtera...


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
Seronoknya. Seronoknya. Seronoknya. Hahahahahahaha. Hihihihihi.
Siapa tak seronok kalau dapat jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang secara percuma??? I nak! I nak! I nak! Jerit kuat-kuat. Laju-laju. Yeah!!! Actually, tak percuma pun. Being a driver, bolehlah menumpang sekaki. Yeay or yeay!! Hahaha. Pyscho.


Habis semua kerja kakak, kami gerak pergi Jusco. Hajat hati nak pergi karaoke kat Bigbox, tapi, tak mahu keluar duit. Duit nak guna buat beli hadiah untuk someone. Hihihihi. So, sebab tak ada yang mahu support, so, karaoke, cancel!!! Wayang pun wayang jer lah. Actually kan. Nak tengok Istanbul..Aku Datang dengan Onew tapi, alang-alang akak nak belanja, kita YES ajer lah. Jimat kan???


Cerita Istanbul...Aku Datang nih memang best. Best sebab sangatlah menyentap hati. Cerita nih langsung tak berat. Biasalah cerita Melayu selalunya macam lemau, lambat habis, lepas tuh kita dah tahu dah apa yang akan jadi lepas tuh lepas tuh dan lepas tuh. Cerita nih, daripada awal sampai habis bagi Huda sangat best ah. Hahahhaha. *macam tak ada ulasan*


Istanbul..Aku Datang, ada mesej yang disampaikan penulis dan pengarahnya. Tapi, serius, kita takkan perasan yang sebenarnya kita tersindir. Memang realitinya dunia sekarang macam tuh. So, bila tengok kat cerita nih, kita tersengih-sengih malu sendiri. Hakhakhak. Terasa nih terasa. =D


Lepas tuh kan, Lisa Surihani tuh, alolo, comel sangat. Suka sangat tengok muka licin dia tuh. Pastuh pipi dia tembamkan, pastuh mulut dia macam kecik. Hihiks. Comel lah yang pentingnya. Suka!!! And, macam tak percaya, Bernard amek Tomok berlakon. Hehehehe. Suka pulak dengan Tomok bila tengok dia berlakon nih. Macam Tomok sangat skema. Hehehhehe. Cuma, tak suka part Tomok marah-marah Lisa tuh. Sebab, Tomok macam tak real ah. Mungkin susah nak marah-marah orang comel nih. Kikikiki. Lepas tuh kan, saya macam terpegun dengan Beto. Wau wau wau. Hehehehe. Actually, saya bukannya kenal sangat pelakon. Saya admire jer daripada awal Beto keluar. Dalam hati fikir siapa dia nih, siapa dia nih. Dah nak habis cerita nih baru tanya adik, eh, siapa nih. Hahahhaa. Beto sangat macho lah. Tak payah buat apa-apa pun, Beto macam ada aura dia sendiri. Hihiks.


Kalau kena bagi bintang, rasanya, filem nih layak dapat 4bintang. Serius tak rugi bayar duit tiket untuk tengok. Kita tak adalah keluar panggung tuh macam nak cekik orang sebelah kan. Memang best memang best memang best. Yeay!!! So, siapa nak tengok, pergi sekarang pergi sekarang pergi sekarang! 



Wassalam

We are siblings~

No comments: