Saturday, 26 May 2012

ITTC Public Bank


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Holla. Berada di bumi Johor. Seronoknya lah ai. 
Macam nak bergulung-gulung dalam selimut, tak payah peduli hal keliling.
Okey. Nak kongsi sikitlah pengalaman Huda, orang kampung nih, mengembara ke kawasan KL. Senang kata KL lah. Selama nih cuma naik bas, naik tren. Kalau keluar ke mana-mana area KL mesti ada orang guide. Semalam, brutal lah konon dengan Asni, kita gerak jer lah nak ke Bandar Baru Bangi untuk amik kembar Huda yang ada kursus kat sana. Sekali tuh, google map memang dah buat, tapi, maklum dulu Geografi hanya dapat B, nan hado lah nak memahamkan apa peta tue tulis. Yang kita orang faham guna highway PLUS. Lepas tue, masuk Johor dulu, baru exit Bangi.


Nak dijadikan cerita rusa masuk bandar, maka, rusa tersesat lah. Sebab zaman IT, rusa ada handphone. Rusa berdua yang pakai kancil gegegegeh nih menelefon orang sana sini untuk membantu mencari jalan. Walamak, suara tak payah cakap lah. Terpekik-pekik dah. 
"Nak masuk mana nih?"
"Masuk Johor keluar mana?"
"Yelah, ni area Subang ni signboard tulis!"
Malangnya, orang ditalian tak mampu nak membantu.


Sekali itu, kata handphone mahal. Beli sampai tak jenguk KFC 3bulan. Takkab GPS ada kan. Maka, on GPS hp, mencari jalan ke Bandar Baru Bangi. Set, jumpa! Hati punyalah lega. Sekali tue, dah sampai Bandar Baru Bangi, idak juga berjumpa ITTC Public Bank tue. Tanya orang sana, tanya orang sini, haram tak pernah mereka mendengar ITTC PUblic Bank mahupun Kawasan Institusi Bandar Baru Bangi. *sebab orang yang ditanya tue, Indonesia asalnya, jadi maaflah, awak tak dapat nak menolong*


Dah 1 jam berpusing kat Bandar Baru Bangi tue, Asni kata, telefon jer kembar ko tue, tanya apa bangunan terdekat yang dia nampak kat situ. Apa lagi, licah kaduk telefon. Kembar cakap, ada bangunan UNITEN. Wa pun apa lagi, terus jerit, apa? UNITEN? UNITEN? *ulang suara berkali-kali* Confirm jer ITTC Public Bank tue dekat dgn UNITEN, lincah kaduk lah weyh ke sana.


Alkisahnya, dalam kami mencari Kawasan Institusi Bandar Baru Bangi tue, dah berkali-kali kami jumpa signboard ke UNITEN tue. Sekali nak ke UNITEN tue, adalah dalam 15minit. Sedangkan 1jam sebelumnya mencari. Kesian kembar den kena berdiri selama 1 jam. Almaklum, rusa masuk bandar..


Apapun, pengalaman tue sangat seronok. At least, belajar jugak jalan kat Malaysia nih. Idak lah awak tahu jalan ke Tebrau City, Johor aje. Ada jugaklah benda awak nak menggebang dekat kawan-kawan. Dan, bagi nak ke ITTC Public Bank tue, terus aje cari UNITEN, Jalan Ayer Hitam, Kajang. Memang senanglah. Signboard ITTC Public Bank tue, sampai jumpa tempatnya pun memang hangpa semua takkan jumpa! 



Till then, jom pergi kenduri.

3 comments:

Mata Pena Fadz said...

x pew..nanti mesti expert...la tuh..
mula2 bljar selok belok..da lamer2 pro la...heeee

zatie said...

Huda,pe2 pn thanks coz sudi amik sya.... N smoga pnglmn prjlnnn awk bertmbh n trus btmbh:-D

NURUL HUDA TAIB said...

Fadz: berpeluh-peluh Fadz nak pergi, tapi, dia punya teruja tue mmg lah. lepas nih nak pergi UKM senang lah. sbb dah tahu jalan. cari 1 tempat, tapi jumpa 10 tempat. Berbaloi-baloi.


Zatie, hye.hye.hye. dah boleh sambung blog nih