Tuesday 22 May 2012

Kenapa manusia berbeza-beza?

Ini hanyalah luahan seorang yang sensitif.
Malam. Sibuk buat kerja. Editing asignment. Semangat. 
Tiba-tiba mood hilang. Terus hilang mood. Tak boleh nak dapat balik mood tue.


Aku penggemar kucing. Mungkin kau tidak. Tapi, aku yakin, setiap orang ada hati. Mustahil hati kau terlalu kotor. Maafkan kalau aku berkasar dengan kau. Tapi aku sangat tak faham sikap yang kau tunjukkan. Aku tahu, aku salah kerana aku bawak kucing masuk dalam kolej. Aku tahu salah membela haiwan dalam kolej. Tapi, aku tak sanggup tengok kucing tue dengan anak dia dibuang di pasar atau di tepi jalan atau mungkin dibuang di sungai. Aku memang tak mampu nak selamatkan semua. Tapi aku tahu ada yang boleh aku bantu.


Kucing tue, aku jaga sendiri. Tidak ada dia mengotorkan rumah sedikit pun. Cuma aku biar dia keluar bilik untuk 'membuang' di litter box yang aku sediakan di luar. Kerana aku dalam bilik berdua. Mustahil kawan sebilik aku boleh tahan kalau litter box aku letak jugak dalam bilik. Kau ada akal kan? Sudah aku beritahu, jangan bukak pintu, nanti ibu kucing tue keluar. Kau faham aku cakap bahasa Melayu kan? 


Sekarang ibu kucing tue dah lari. Kau ada fikir nak carik? Tak ada kan. Kau ketawa-ketawa dengan kawan kau. Satu hari nanti, kalau ada orang langgar mak kau, lepas tue buat tak tahu, apa kau rasa? Bengang? Sedih? Marah? Sebab?


Kau orang beragama. Gunakan sebaik-baiknya ilmu yang Allah kurniakan. Jangan menjumudkan pemikiran kau. Anak kucing 5 ekor nih menangis tak henti bila mak dia hilang. Mustahil kau duduk depan pintu kau langsung tak perasan kucing keluar???


Baiklah, aku memang sensitif. Marah pada benda yang tak wajar bagi kau. Tapi, aku tak boleh nak terima perbuatan kau orang. Semoga Allah menyedarkan kau, kau dan kau tentang rasa cinta, kasih pada haiwan. Aku tak mintak kau jaga mereka pun. Aku cuma mintak, jangan bukak pintu, nanti kucing keluar. Sapa nak susukan anak dia?? 


Aku harap, apa yang kau,kau,kau buat, takkan berbalik kepada keluarga kau!!! 


No comments: