Saturday, 5 May 2012

Bakal guru

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Bersama kawan sekelas+sengumpat+senegeri = Fathmawaty. Spot Hanani Izyan .

Bukan obses purple sgt tapi this inner memang syiok! credit to Ayunar.

Wah, wah. Tajuk dah gebangkan. Huda tak pedulilah apa orang lain nak cakap mengenai institusi pendidikan sekarang ni. Tentang Universiti Pendidikan Sultan Idris ker, Huda tak nak ambil kisah! (teruknya) Apa yang Allah swt telah tetapkan untuk Huda itu adalah yang terbaik sekali. Biar macam mana hebatnya perancangan kita, kalau bukan dengan izin Allah ia tak mungkin berlaku. Alhamdulillah, Tahun  ke 3 di UPSI banyak mengajar Huda erti sebuah kehidupan dan perjuangan. Banyak lagi yang belum Huda perbaiki dalam persiapan menjadi seorang guru nih. Setiap hari kita menilai diri, cuba untuk memenuhi kredibiliti seorang guru tue. Jadi, sila beri tunjuk ajar bukan kata-kata kurang ajar yer.


Dalam banyak-banyak subjek yang Huda belajar kat UPSI nih, rasanya kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II yang best. Sebab best? Kita boleh belajar macam-macam dengan melihat presentation rakan-rakan sewaktu mereka melaksanakan Mikro pengajaran dan Makro pengajaran. Syok tau. Ada yang betul-betul macam cikgu. Ada yang bersifat keibu bapaan. Sambil tengok, sambil gelak, kekeke dalam hati.


Tapikan, ada juga yang mengecewakan. Tau apa? Adalah hamba Allah nih. Bagi Huda dia kurang ajar. Dia cukup suka mengkritik orang lain bila orang lain melaksanakan pengajaran. Adakah dia merasakan dia sudah layak digelar pendidik? Dia sudah cukup bagus ker? Atas bukti apa hamba Allah ni berani menghakimi hasil kerja insan lain? To him, please. Kita di dunia nih, bukan berdiri dengan diri kita sahaja. Satu hari nanti, kita akan berhadapan dengan masalah. Dan... Mungkin orang yang anda kutuk itu adalah insan yang menghulurkan tangan membantu anda. Ingat tue. Hentikan sikap kurang ajar dan support lah rakan-rakan kita. 

Ingat nak share video pengajaran Huda nak mintak komentar, tapi, tak boleh upload lah. Apa-apa pun, doakan yang terbaik tok mahasiswa/i UPSI yer. 


Salam.





25/6/2012 Huda start praktikum dekat Kuantan, insya Allah. Rumah sewa tak dapat lagi. Tolong eh!



4 comments:

Mata Pena Fadz said...

sbr lah huda...x pew biar owg buat kite..asal kite x buat owg...yg pnting...Tuhan slalu ade bersama kite... :)

NURUL HUDA TAIB said...

BETUL.
Mari menyokong rakan-rakan kita~
Majulah UPSI untuk negara!

Anonymous said...

salam,awak dpat kt kuantan?
slalu blk jb x nnt?
pe pun wat y t'baik tau msa praktikal nnt ;)

NURUL HUDA TAIB said...

xtau, tengok mood dan duit.
kalau pokai macam sem nih dgn masalah lagi mmg tak balik lah.
bertapa jek kat sana