Thursday 10 May 2012

Pulau Pangkor-Lumut. Part 2. Harga+Feri Marina Island+Perkampungan Belanda+Tembok besar China+Banana Boat+Snorkelin


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
(Edisi edited)


Jom sambung cerita cuti-cuti Perak...Huda try meringkaskan entri nih eh...Tapi sure tak boleh sebab Huda suka bercerita..Kalau hanya letak gambar sahaja, korang kata gila glamour pulakk...


Okey, hari kedua, kami bangun, solat, berkemas, check out terus sebab sure kat P.Pangkor nanti mesti berjam-jam, tak sempat balik untuk check out, nanti mesti barang-barang kena buang, nanti macam mana? *sakit jiwa, lol* Kan dah survey kawasan, so, kami setuju sebulat suara untuk pergi ke P.Pangkor melalui Jeti Marina Island sebab, kawasan cantik, tak perlu menunggu lama untuk feri dan senang bergerak berbanding Jeti Lumut...Harga tiket feri sama sahaja tak kira Jeti Marina @ Jeti Lumut...RM10 seorang...Jom, sambung cerita di sebalik gambar pulak...


Beli tiket, tengok pakej. Tapi, pakej biasanya nak 10 hingga 20 orang ke atas satu kumpulan. Tengok juga jadual feri.
Marina Island. Harga tiket memang RM10 seorang.
Suasana Marina Island. Yang tue ayah. macam hampir sama tinggi dengan pokok kelapa. Mengapakah?
Alhamdulillah~
Peninggalan Belanda
Nak apa? Ikan masin? Sotong kering? Keropok lekor? Kuah rojak? Ada duit semua jadi.
Perkampungan Cina. 
Replika tempat-tempat menarik di China dipaparkan di sini untuk mengenang sejarah kependudukan masyarakat Pulau Pangkor. Ewah, cikgu Sejarah!
Zaman berkaca mata tanpa bingkai. 
Sudah di atas bot. Bot laju, bergoyang-goyang. Jagalah tatasusila kita semasa di atas bot. Owh, atas bot tak perlulah nak pakai benda tue. Itu sekadar hiasan yer!
Amacam? Ada beran tak tengok mama dan ayah saya. Omelnya omelnya. =)
Nah, orang lain sibuk bersnorkeling kami sibuk berendam saja.
Mari membanana boatkan diri kita semua.
Please.Please. Jangan menyampah dengan diriku dengan shades murahan itu. Walaupun murah, daku menyimpannya sehingga kini. Well, I am so sentimental ok. Kalau korang bagi jam tepi jalan pun, daku tetap simpan tau. Daku tidak berkisahkan semua itu. Unless lah benda tue sudah layu di tasik madu. Tapi, daku simpan jua. Sebagaimana daku menyimpan kotak coklat pemberian Zatie di hari jadiku.
Mama macam tak puas hati jer melihat daku berposing. Camnilah kan. Waaa


Setibanyanya kami di Pulau Pangkor, which is yang mulanya Huda ingat sangat besar rupanya hampir sama dengan Perkapungan nelayan Tanjung Sedili sahaja. Bezanya Pulau Pangkor dibangunkan sebagai kawasan perlancongan. Sampai jer kat kawasan Jeti P.Pangkor, memang you guys akan disambut mesra oleh abang-abang van. Kadar bayaran RM60-80. Make sure buatlah pilihan yang tepat. Kadar bayaran nih sehari penuh iaitu beliau akan bawak kita round pulau untuk tengok kawasan peninggalan Belanda, lepas tue bawak tengok kawasan perkampungan Cina, kedai-kedai untuk beli sotong kering ke segala bagai cenderamata untuk yang tak dapat pergi tue. Termasuk jugak melawat kilang segala macam kilang memproses makanan. Tunjukkan kita tempat buat bot dan hantar kita ke pantai which is kat situ akan bermulanya aktiviti pantai memantai. Wah! Kita just bagitahu dia, bang, datang amik 2,3,4,5 jam lagi dan hantar balik jeti. Mudahnya hidup. Muahaha.


Sampai kat pantai, pekerja pantai dah sedia menunggu. Opss. Jangan terkeliru atau terkejut. Kat sini bukan hanya ada satu agent yang menguruskan pelancong untuk aktiviti kelautan (round pulau+snorkeling), tapi ada banyak pihak pengurusan. Memandangkan kami hanya sekeluarga kecil, bayarannya agak mahal. Sebab kawan Huda yang pergi by group uni dia, bayar murah sahaja. Sedangkan kami bayar RM70/80 macam tue lah untuk round pulau dengan bot yang makan masa lebih kurang 15minit dan kemudian ditinggalkan untuk aktiviti snorkeling di satu kawasan tue. Malahan, kasut Croc adalah sewa yang berlainan yer. Aduh bhai, kasut pun kena bayar asing. Kalau tahu, bawak dari rumah! Jadinya, RM70/80 tue cuma merangkumi harga bot, dan harga alat snorkeling. Masa round pulau tue, nanti abang bot akan buatlah penerangan. Bla,bla,bla. Akibat teruja, hanya beberapa patah perkataan yang tersimpan dalam otak. Malangnya ketika kami pergi, terumbu karang dah banyak musnah akibat pelancong yang datang dan bawak balik terumbu tue. Sob,sob,sob. Kesian keturunan akan datang. Masa kami datang tue, air surut. So, berdiri tengah pulau pun cuma paras atas lutut lelaki yang bawak bot tue jek. How amazing! Jadinya, lepas round2 pulau, kami snorkeling gaya bebas. Ya maaf. Kami bukan perenang Malaysia. Makanya, kursus snorkeling pun tak join. Makanya, gaya snorkeling adalah berdiri dan membongkok untuk masukkan kepala dalam air. Angkat kepala tercungap-cungap bajet dah dalam air 10minit walhal baru 1minit. LOL. Almost 2jam jugak kami bersnorkeling, ececeh, bukan snorkeling ahh, cuma buat aktiviti air saja. Molek sikit dengarnya. Kekeke.


Lepas tue, kami balik ke pangkal jalan, eeh, ke kawasan pantai untuk naik banana boat. Walaweyh. Banana boat harga berasingan yer ibu-ibu. Boleh naik sehingga 8-10 orang mungkin sekali tarik. Sekali tarik means, kita akan duduk atas pelampung dan bot laju akan tarik kita bawak pusing-pusing dan kemudian mencampakkan kita ke dalam air. But, dont worry siapa yang tak pandai berenang macam I tue. Kita pakai safety jacket, so, takkan tenggelam. Always timbul either berat kita 100kg pun. LOL. Banana boat pun sama. Setiap agent mungkin tawarkan harga berlainan. Kami Google awalnya banana boat murah. Tapi bila sampai sana, kami bayar mahal sikit. Erm, berapa erk?? Sorry, tak ingat! Selain banana boat, macam-macam boleh korang join. Nanti sebelum datang better korang  dah booking mana-mana agent, rasanya itu lebih baik sebab segalanya tersusun rapi. Termasuk harga.


Lepas main banana boat, kitaorang buat kuak lentang sikit. Adalah dalam 1jam kot. Yelah, datang P.Pangkor bukan senang. Banyak hal terpaksa ditinggalkan. Mustahil tak gunakan peluang secukupnya. Then, kami membersihkan diri. Mustahil kot nak balik dengan baju basah-basah, melekat sana sini. Malangnya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pantai Jason Bay Tanjung Sedili tempat Huda pun dah maju. tersedia Tandas Awam yang kita bagi 2bintang tue. Kat P.Pangkor nih, tandas awam dia hanyalah bilik mandi dan tandas yang diperbuat daripada zink. Wah, meriahnya! Bayaran RM0.50 untuk tandas dan RM1.00 untuk bilik mandi. Patutnya tak payah bayar! Heh! Sigh!


Nak balik ke jeti, call pak cik van tadi, dan terus menerus dihantar pulang ke jeti. Dari jeti terus menerus kita kembali ke pangkal jalan. Solat jamak di RnR. Kerana kami musafir yang hina dina kan. So, begitu ajer lah 2 hari di Pulau Pangkor. Opsss. Pulau Pangkor ada lapangan terbang! Sigh!




Sekian, dah tak ingat apa patut cerita lagi.

No comments: