Saturday, 9 June 2012

Gadis dan bola

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Semalam, eh, minggu lepas, bukan bulan lepas ker?, dan sekarang. Adalah musim bola. Bola adalah bola dan bola sentiasa menjadi bola. Bola tetap diminati oleh kaki bola. Bola adalah bulat dan bergolek-golek apabila ditendang mahupun dilempar ke muka. Wahaha. 
#Maafkan diri ini atas kekejaman intro.#


Huda bukan kaki bola malahan bukan juga kaki bangku. Tentulah, tak nampak jari-jari kaki cukup 10 nie. Apa daa. Hihiks. Begini, begini. Huda bukan orang yang tertunggu-tunggu bilakah Malaysia akan lawan dengan Indonesia atau referee sangat tak adil terhadap pasukan pilihan. Tapi bukanlah orang yang akan mengutuk mereka-mereka yang minat bola. Bagi Huda, setiap orang ada cara tersendiri. Sebagai contoh, Huda suka makan kek Secret Recipe, tapi Asni sangat tak suka makan di sana. Begitulah. Tapi, kita bukan tak boleh berkawan. Betul tak? Dan, tidak adillah jika ada yang mengeluarkan status, 'bukan lelaki kalau tak minat bola'. Janganlah meletakkan sesuatu pengadilan pada sesuatu benda yang kita sendiri tidak jelas. Bukanlah lebih baik menghormati kesukaan dan pendirian seseorang?


Macam Huda, secara peribadinya, memang tak tengok bola. Bukan langsung tak pernah. Pernah, masa atuk duduk dengan kami dulu. Bila atuk pindah rumah anak-anak lain, dan duduk sendiri, memang dah tak ada tengok bola. Sebab dulu, atuk jer yang tahu siapa jumpa siapa, pukul berapa game dan pasukan mana yang bagus. Ayah Huda sibuk kerja dan menguruskan rumah, mana ada masa nak check pasal bola nih. Tapi, kalau pergi rumah atuk dan kebetulan ada bola, memang meriahlah jeritan tue. Wahaha. Kami, adik beradik adalah tiga orang dan semuanya girls. Girls kalau tengok bola (indeed of me), biasalah. Jeritan akan lebih daripada keadaan yang berlaku. Contohnya, bola tue macam nak masuk dalam gol, girls mesti dah jerit, yeah yeah yeah, cepat, cepat, cepat. Bila tak masuk jer, jerit jugak. Ala ala ala, asal tak masuk, padahal sikit lagi tue, arghhhhhhh! Mungkin lelaki lebih bertenang. Kalau ada 2kali gol, mungkin kita akan dengar 2kali jeritan dari lelaki. Mungkinlah. Personally, Huda belum pernah tengok bola dengan lelaki atau berdekatan dengan lelaki yang tengok bola. Ini cuma pengalaman tengok atuk dan ayah masa mereka tengok bola. Haritue masa Malaysia lawan Indonesia, bergegar-gegar kot Kolej Ungku Omar nie. Huda masa tue sibuk dengan asignment, tapi, kiri kanan, atas bawah sibuk dengan bola. Jeritan dia, siapa boleh tidur memang hebat. Kami yang tak tengok nie, cuma kira berapa kali jeritan gembira mereka dan claimed benda tue as gol. Hahaha. Okey jugakkan. 


Kalau sesiapa nak bercerita tentang bola, Huda tak kisah pun. Huda akan dengar. Tapi, malangnya, tidak akan ada respon balik. Sebab Huda tak tahu apakah respon yang wajar diberikan kembali. Team yang bertanding pun Huda tak tahu. And, sebab ada Euro12 nie, Celcom suruh Huda subscribe news daripada mereka. Bukan tak mahu. Tapi, daripada subscribe tue, better tengok sendirikan. Mungkin jugak persekitaran Huda buat Huda tak familiar dengan bola. Dalam family, cuma ada seorang lelaki iaitu ayah. And, ayah tak mungkin nak cerita hal bola dengan mama. Tambahan pula, ayah seorang yang tidak mengopi atau mengeteh di warung-warung pada malam hari. Minat terhadap bola itu ada tetapi tidak berfokus. Jadi, tidak ada isu bola atau player handsome kat rumah. Malahan, Huda jugak personally tidak mengenali si kembar yang handsome yang menjadi pujaan itu sehinggalah cik Zatie my bestfriend sibuk si kembar ini handsome, si kembar ini pandai main bola, malahan si kembar ini adalah orang nogori. Zatiekan orang nogori, mestilah dia gembira dan bangga. Zatie minat bola sebab dia seorang bunga dalam adik beradiknya, mestilah yang kumbang-kumbang sibuk dengan hal bola, Zatie pun sibuk jugak. Tapi macam Huda, adalah tak rock nak bercerita tentang bola dengan kakak kalau 24jam dia hanya sibuk Korea. Adik pula adalah manusia yang tak fikirkan urusan dunia melainkan hanya berbual dengan kakaknya apabila tekaknya rasa nak makan KFC atau nak mintak tolong pilihkan baju kebabom bila nak keluar! Oh, langsung tidak ada ruang untuk menyelitkan unsur hiperbola. Eh, bukan hiperbola tapi bola.


Tapi, secara peribadi, Huda kagum jugak dengan girls yang minat bola. Tahu aje term-term dalam bola. Yang Huda tahu cumalah bola is bola, nak main bola kena ada pemain, mesti ada referee peniup wisel. Apa lagi? Kena ada padang ler. Takkan nak main bola dalam bilik. Eh, ada jugak yang buat tue. Girls yang minat bola nie, bagus jugak. Tak adalah susah pasangan dia nak ajak berborak. =) Apapun, majulah bola untuk dunia. Euro12 start masa exam. Baguslah tue. Semua dalam dilema ler jawabnya. 



Till then, kalau tengok bola, jangan lupa tahajjud sekali. Y(^__^)



2 comments:

zatie said...

Skarang, dh x brapa dpt tgk coz euro lwn tgh mlm...sya ngantuk

NURUL HUDA TAIB said...

hehehe.
kerja-kerja zatie molek2 eh.