Friday 29 June 2012

Hari Keempat : Cikgu!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


28 Jun 2012 (Khamis)
Menjadi cikgu nie, bukan sahaja mengajar isi kandungan buku teks semata-mata. Tapi, cikgu juga ibarat ayah dan ibu di sekolah. Salah anak kena ditegur. Mama pesan, bila pelajar nakal, cubalah kita nasihat mereka dengan kata-kata kebaikan, jangan fikir nak marah mereka saja. Jadi, bila saya kelas 4 BB 1, which is kelas Binaan Bangunan, budak-budaknya agak berilmu sedikit berbanding kelas-kelas saya sebelum nie. Tapi, nakal dan riuh rendahnya tetap sama. Bila saya masuk jer kelas, konon berpura-pura terperanjat. "Eh, kenapa cikgu Latifah (merujuk kepada guru Sejarah sebelum nie) bertukar rupa?". Mengada kan. Macamlah tak tahu saya bakal mengajar mereka sehingga bulan 10. Saya tanya, " Kenapa, tak suka cikgu ajar?". Mereka jawab, "Sukalah cikgu, tapi, jangan ajar laju-laju macam cikgu Latifah." Budak-budak, memanglah kan. Dengan kita, dia cakap suka kita, dengan orang lain, dia suka orang lain pulak. Eh, cikgu Latifah sangat bagus tau. Beliau tercalon dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Masakan guru muda macam saya mampu menggantikan tempat dia. But, one day, I will. Hihihi. 

Mengajar kelas 4 BB 1 taklah mencabar macam mengajar kelas lain yang mana bila keluar kelas, suara jantan saya terkeluar terus. Apa taknya, baru saya cakap tengok Bab 7, mulalah ada yang bangun, ada yang mengusik rakan sebelah, ada yang berdengkur. Saya kenalah "BANGUN!!", "DIAM!!!", "KELAS, TENGOK BUKU TEKS MASING-MASING!!!. Macam-macam lagilah. Bila saya tarik muka marah, mulalah buat perangai mengada-mengada. Taknak belajar dengan cikgulah, nak cikgu Latifah, cikgu Latifah. Macam tue lah budak-budak. Kita pun pernah macam tue kan. 

Bila mereka mula hilang titik fokus pada pelajaran, saya mulalah bersyarah. Saya tak mahu membebel, tapi saya beri mereka cerita realiti. Untuk mereka yang sedang berpraktikum atau bakal berpraktikum, ingin saya kongsikan sedikit. Pelajar tak suka kita membebel pada mereka, mood belajar akan hilang, tapi, mereka insha-Allah menerima cerita realiti kita. Saya beri mereka cerita realiti kehidupan seorang pelajar. Putaran kehidupan. Mereka senyap. Mendengar. Akhirnya, kelas terkawal. Mereka sedar, mereka perlu lulus dan berjaya. Hanya teknik yang kita gunakan boleh mengawal mereka. Tapi, semua tue perlu dilihat juga aspek persekitaran. Kalau macam kelas 4 BB 1 nie, bolehlah saya gunakan teknik sebegitu, kalau kelas 4 JKA, lain pula. Kena lebih lemah-lembut dan melayan aje lah cerita-cerita mereka termasuklah Euro 12. Walaupun tak minat sangat dengan bola, sekarang semua kena peka, sebab, budak-budak, terutamanya lelaki, memang suka cikgu melayan mereka. Sampaikan semalam, ajak saya bertaruh RM 400, kalau Italy boleh kalahkan Jerman. Erm, kalau saya tahu, saya terima. Yelah, Jerman kalahkan. Hihihi. Rugi besar saya!!! (Perbuatan bertaruh HARAM dalam Islam)

Semalam hari yang agak tenang bagi saya melainkan saya menaglami kecederaan mulut apabila terkena ulser kecil di mulut. Atau orang Jawa panggil 'lumpangan' atau ada jugak yang sebut, 'mata ikan'. Uh, memang sakit. Ada lebih 5lubang kat mulut termasuk pangkal tekak. Mungkin sebab cuaca yang sangat panas, kami duduk dalam aircond, lepas tue, bila keluar, berpanas terus. Itu yang pecah-pecah. Walaupun sehari saya minum lebih 3botol air!!! 

Apapun, kelas semalam berakhir dengan jayanya bagi saya apabila waktu pengukuhan saya dapati pelajar dapat memahami kandungan pelajaran. Saya arahkan pelajar menjawab soalan dan menulis muka surat buku teks yang mengandungi jawapan tersebut di sebelah jawapan mereka. Saya gunakan teknik yang diajar oleh guru saya, cikgu Amad Bahri Mardi untuk pelajar saya kini supaya apabila mereka buat latihan ulang kaji nanti, mereka senang untuk tahu di mana tajuk tersebut perlu dirujuk. Tak payahlah nak selak satu-persatu muka surat buku teks tue. Tahu dah, pelajar memang menyampah nak buka buku Sejarah. Contohnya, di bawah soalan Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara, tentang Snouck Hurgronje, mereka tulis muka surat 178, maka bila nak mencari mengenai Snouck Hurgronje, terus mereka merujuk muka surat 178. Tak perlu terkial-kial. Kawan-kawan boleh juga aplikasikan teknik nie supaya pembelajaran lebih mudah, kondusif dan berkesan. Arahkan pelajar untuk buka dan rujuk buku teks. Biasakan mereka dengan kaedah merujuk dan merujuk. 

Baiklah, sampai sini dululah untuk kali nie. Siapa-siapa yang nak berkongsi tips, bolehlah menulis jugak. Sama-sama kita menaikkan martabat bidang perguruan. Jangan biarkan bidang kecintaan kita diperkecilkan masyarakat kerana kita memikirkan manfaat berbanding memberikan manfaat!



Till then, masih menyesal bila memikirkan duit RM 400 tue~ Hahahahahahahahaha

No comments: