Saturday 30 June 2012

Hari Kelima : Relief dan thinking

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


29 Jun 2012 (Jumaat)
Walaupun hanya bergelar guru pelatih, tapi, saya mahu belajar sebanyak mungkin. Erm, ada students saya beritahu, "cikgu, jangan mengajar macam style universiti tau!!". Erm, fahamlah saya maksud dia tue. Budak-budak, mana boleh kita samakan dengan kita yang dah agak dewasa nie. Sungguhpun mereka nie dah terdedah dengan arus kemodenan, tapi, masih lagi ortodoks bab-bab suruh belajar akademik nie~ Semua nak kita suakan kat muka memasing. Buka buku teks bab 7, muka surat 178, baris pertama....Mengada-ngadanya sebijik ler macam adik dekat rumah tue. Buat nie macam nie, tulis gini, tampallah macam nie...Aish..Tapi,...seronoknya, Allah swt sahaja yang tahu. Rasa macam nak mintak UPSI buat praktikum 6 bulan ker. 4 bulan macam sekejap sangat nak mesra-mesra Bob AF dengan mereka.

Walaupun pelajar-pelajar nie agak nakal, buku pun tak ada, sabar tue asas pada kerja sebagai guru. Sedih tue memanglah, kita masuk kelas, buku nota tak bawak, buku latihan lagilah bayang tak ada. Lepas tue buat muka sedih jumpa kita nie. Cikgu, saya tak ada buku teks. Kenapa tak ada, saya tanya. Saya lupa buku teks letak mana! Hah, tengok! Almari bukan main besar gedabak kat kelas, tapi, tak mahu digunakannya. Masing-masing bawak beg ke sekolah, tapi, entah apa isinya. Kalau dah malas sangat tulang empat kerat tue nak bawak buku, letaklah dalam almari kat kelas, tentunya balik rumah membuta, tak pun merayap, memang takkan bukak buku. Ye dak? Kalau takut hilang, beli kunci, manggakan kelas tue. Dah tentu awak sekolah satu sesi, tak akan adanya orang lain selain awak amsuk kelas tue. Ini tak, kelas jadi tempat sidai baju bengkel dia sesaja. Budak, budak!

Tapi, lima hari kat sini, dapatlah menyelami perangai pelajar-pelajar. Wah, dah menyelam kau! Jangan memain. Besok-besok, kita scuba pulak!!! Pelajar SMV Kuantan nie bukanlah jahat pun. Boleh kita bentuk lagi sikap dan kesedaran mereka. Tapi, bukan dengan kekerasan. Kena rajin melayan mereka nie. Ajak mereka berbual, tengok apa yang mereka suka. Kalau masa 80minit kelas tue, saya tak akan mengajar cukup-cukup 80 minitlah. Sebab, sekejap-sekejap kena bawak mereka ke alam lain pulak. Sebab, kalau tak, mereka dah sampai syurga dah! Membutalah jawabnya. Apa taknya, kelas Sejarah waktu genting, tengahari. Masa matahari tegak atas kepala. Sure semua letak kepala atas meja. Bila saya tepuk meja suruh bangun, masing-masing terperanjat, menjerit, cikgu nie rock lah. Banyaklah rock, orang sibuk menerang, awak dah terbang!

Macam hari nie, saya free. Tak ada kelas, Jumaat hari saya berehat. Hihihi. Tapi, tiba-tiba diminta relief kelas Sejarah 4 KFL. Kak Sham ada emergency case pulak. Okey, saya pergi. Tapi disebabkan kak Sham bukan guru pembimbing saya, saya tak boleh sesuka hati nak mengajar kelas tue. Saya buat latihan jer lah. Budak-budak, kalau nampak cikgu baru, memang dia suka. Suka sebab apa, sebab nak dibulinya cukup-cukup. Saya datang jer, bersorak. Cikgu, hari nie Jumaat, cikgu Shamsiah tak mengajar selalunya. Dia buat ceramah motivasi. Eh, terkejut saya. Betul ker? Mereka semangat mintak saya bagi ceramah motivasi. Aduh, manalah saya pandai nak bagi ceramah motivasi nie. Kalau dok ceramah si Amie tue, tahulah. Saya kata, tak payah ceramah, buat latihan. Memasing muncung sedepa! Saya kata tak buat, tak boleh balik. Baru sorang-sorang keluarkan buku. Pergerakan jangan cakaplah. Serupalah dengan siput berjalan atas tar. Terhegeh-hegeh! Lepas tue sibuk mintak saya take over kelas mereka, alasan dah malas nak belajar dengan cikgu Shamsiah. Berani ler kau orang cakap gitu, mentang-mentang cikgu Shamsiah cuti. Kalau depan cikgu Shamsiah, menikus semuanya. Bukan tak tahu!

Tengah saya menulis soalan di whiteboard, sorang student cakap, cikgu, apasallah cikgu serupa pembaris? Saya toleh, "APA AWAK CAKAP???" "SERUPA PEMBARIS???" Meh sini saya bariskan awak tengah panas nak?? Budak-budak sini agak bahaya sikitlah, tapi, tak adalah sampai nak buat jahat dengan cikgu sendiri. Kalau tengok kita tue, memang dia scan dari atas sampai bawah. Hah, tue kena bewarelah. Pandai-pandailah bawak diri kita sebagai cikgu perempuan. Pakai yang sopanlah. Budak-budak pun, orang jugak. Lepas tue dok sibuk nak tanya status kita. Saya jawab dah kahwin jer. Mereka nie takkan kacau cikgu yang dah kahwin. Sebab, surelah cikgu tue dah tua kan. Hahaha. Tapi, budak sekarang nie bujak-bijak belaka. Siap cakap, "Kalau dah kahwin, mana cincin cikgu? Cikgu menipu!!". Hah, amek kau. Dapat cop penipu terus hari kelima praktikum. Baguslah tue.

Yang lagi pelik budak-budak nie, kelas besar macam nak masukkan 60 orang pelajar, tapi, sibuk nak buat kerja kat meja guru jugak. Nak menyempit beramai-ramai. Lepas tue sibuk berrtonyeh itu ini dekat kita. Dah kita jawab, tanya lagi. Jawab, tanya lagi. Bila saya kata, sudahlah tue, buat kerja, sibuk tanya hal orang buat apa. Dioerang cakap, saja, nak ajak cikgu hang out malam-malam. Hah, hang out tau! Saya jawab, tak payah! Siap cakap, nanti saya bawakkan burger ke rumah cikgu eh. Heh, budak-budak. Kadang-kadang tue, tak rasa macam tengah mengajar, macam tengah melepak sambil ketawa besar-besar. Haih, awet mudalah jawabnya saya nie. 

Bila fikirkan kesusahan nak mendidik sekarang nie, saya rasa kesabaran mesti letak bahagian atas sekali. Ingat pada matlamat kita. Kenapa kita pilih profesion nie? Abaikan segala rasa tak senang dalam diri dan gantikan dengan perasaan, mereka adik-adik saya. Wajarlah saya didik mereka sebaik mungkin. Kesusahan tue mesti ada ganjarannya nanti. Itu janji Allah yang pasti. 


Nota : Asni ajar peribahasa hari nie. Tapi, dek kerana saya nie jenis yang suka bermain-main dan ketawa-ketawa, saya terlupa peribahasa tue. Tapi, lebih kurang macam 'bagai khinzir berlari-lari di padang'. Ada ker?? Tanya balik Asni dia pun lupa!! Deng!! (cikgu dan pelajar adalah SAMA:PELUPA)


Till then, terima kasih mama ayah sebab bagi nama Nurul Huda. Bukankah maksudnya Cahaya Petunjuk? Maka, terangilah insan sekeliling dengan sedikit ilmu yang saya ada. Anda juga! Wsalam



No comments: