Saturday 2 June 2012

Saya sayang kamu semua kerana Allah!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


30 Mei 2012.
Ada tiga perkara penting berlaku pada hari tersebut, baik atau tidak, wallahua'lam. Baik atau tidak sesuatu perkara itu, Allah yang menentukan segalanya dan sudah pastinya pengakhirannya pasti dengan sebab musabab yang baik jua. *bersangka baiklah dengan setiap yang berlaku, mengharapkan ada hikmah di sebaliknya*


Perkara pertama: Seperti yang dijanjikan, Mesyuarat Agung PERMAS. Tahun lepas, Huda tak join sebab terikat dengan program lain. Sebelum-sebelumnya adalah pengikut setia walaupun tak ada sumbangan secara langsung kepada PERMAS. PERMAS adalah Persatuan Mahasiswa Sejarah. Dan, untuk terakhir kalinya mungkin, Huda jadi AJK Persiapan Tempat. Setiap program yang kita join tentu ada bezanya dalam setiap gerak kerja. Dan, untuk pertama kalinya, Huda rasa santai dalam mengendalikan program. Tak penat pun. Mungkin, Huda tak berfungsi sepenuhnya. Adakah Huda mengabaikan tanggungjawab? Sejujurnya, tak tahu apa patut lakukan ketika itu selain menguap dan terus menguap. Memang ada sedikit masalah yang berlaku ketika program, tapi, setiap program, pasti akan ada 1-2% masalah yang yang kita takkan jangka. Tak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana Huda percaya setiap AJK cuba untuk melakukan yang terbaik! Apapun, jutaan maaf buat seluruh Jawatankuasa AGM PERMAS kalau Huda bukan yang terbaik. Buat calon yang menang, yakinlah, ketetapan Allah itu sudah pasti, laksanakan tanggungjawab dengan berani. Jikalau tidak mahu menanggungnya di akhirat kelak. Wallahua'lam.



Perkara kedua: Ada jamuan kelas dengan Dr.Baharuddin, pensyarah KPD kami. Dr. Baharuddin bersama dengan kami selama 2 semester start dengan KPD 1 dan kemudiannya KPD 2. Maknanya, jamuan ini bukan sahaja meraikan Dr. Baha yang berusaha bersungguh-sungguh mendidik kami, mendengar masalah kami dan sanggup melayan kerenah pelajar yang dah basar tapi perangai, Ya Allah, kalah budak sekolah rendah. Jamuan ini turut meraikan persahabatan kami selama 2 semester. Memang kami budak sejarah yang dah kenal dari sem 1. Tapi, bukan kenal dengan semuakan? Hihiks. Yang penting jamuan ini happening walaupun Huda berduka. Sebab, dalam tayangan montaj, tidak ada sekeping pun gambar Huda ada. Tak apalah, dalam blog nih dah banyakkan. Tentunya ada seorang dua yang akan mengingati Huda sebagai pelajar KPD AT32A. Awak ingat saya kan? =) Hehiks.

Ada seorang teman menyatakan yang dia takut apabila tamat pengajian nanti. Yelah, masa tue, for sure semua akan membawa haluan masing-masingkan. Ada lagi tak yang akan ingat siapa NurulHuda. Semua akan kembali ke kampung halaman masing-masing. Terus berbakti di tempat sendiri atau mungkin di tempat lain. Jauh dari kehidupan seperti di Tanjung Malim. Keadaan tue sudah mula terasa sekarang. Sedihnya. Hargailah masa yang ada ini untuk berbaik sesama sendiri. Elakkan permusuhan. Masukkan semua yang gembira sahaja. Yang tak gembira, buanglah supaya kita tak menyesal di kemudian hari.









Anak haruan berlima-lima,
Mati ditimpa pelepah daun,
Budi Dr tidak dilupa,
Jadi kenangan bertahun-tahun.


Perkara ketiga: Kawan kami, Fadhirul accident masa nak uruskan Pilihanraya PERMAS. Cerita sebenar atau selanjutnya Huda pun tak berapa tahu. Huda tahu pun lebih kurang jam 1.45 petang masa nak amik roti jala dan kari ayam yang Ieka Mokri buat. *sedap tapi tak sempat tapau dah habis!, tensi* Masa tue baru Mai bagitahu Huda yang Fadhirul accident. Sebabkan Fadhirul kawan sekelas yang baik, so, Huda nak melawat & mengacau dia. Hehiks. Bertolak jam 4.09petang dan sampai 4.32petang kat Hospital Slim River. Tolak 5minit kena tahan dengan guard UPSI. Pak cik guard punyalah eksen cakap dengan Huda, "Awak bagi Kad Matrik dengan Lesen Memandu dulu baru jelaskan!" Aiseyman pak cik, saya cute-cute macam nih pun nak naik hangin jugak ker?? Sabar jer lah. Tapi, tak kena saman pun, sebab cepat-cepat buat cerita sedih, "Pak cik, kami nak melawat kawan kami kat Hosp Slim River nih, dia accident". Gitu. Pak cik guard pun terus lepaskan. See. Kalau kena tahan, buat muka sedih. TAPI! Kalau pak cik guard rambut putih, jangan harap lah. Huda dah pernah kena marah dengan dia, siap suruh gostan(undur, haha) dan keluar balik. Cis! Kenapalah kucing di pondok guard langsung tak nak menolong?? Sedangkan, Huda selalu bertegur sapa dengan beliau?? 

Eh, apasal cerita pasal Fadhirul bertukar emo dengan cerita pak cik guard UPSI yang tak sporting?? Okey2, back to the story. Huwehuwe. Kami sampai kat Hosp Slim River terus memekak-mekak nak cari Aras 5, Wad9. Pergi dengan Fadz Mahad dan Asni Seman. Si Fadz nih, Ya Allah, memanglah lurus bendul tak ingat, kadang-kadang macam Pikachu pun ada. Geram betul. Sampai kat Wad 9 tue, tanyalah dia, katil Fadhirul no berapa? Dia jawab, "Alah, tak payah susah-susah. Tengok jer kiri-kanan". Sabar ajelah. Dah macam kawad kaki, kiri, kanan, kiri, kanan sampailah jantung berdegup kencang dengan pesakit-pesakit yang ramai. Akhirnya ketemu jugak Fadhirul dengan Wanie. Lega hati tengok Fadhirul tersenyum sampai ke telinga. Maknanya, kadang-kadang, ujian yang Allah turunkan itu, ada baiknya jugakkan. Hehiks. Fadhirul sakit, kesian dia. Tapi, takkanlah Huda nak menangis depan dia. Jadinya, Huda cuma ketawa-ketawa jer, sakat-sakat Fadhirul sikit. Supaya Fadhirul tak takut duduk kat hospital tue. Yelah, cerita hantu banyak woo buat kat hospital dengan nurse sebagai hantunya. Hah, takut tak?

Tapi, rasanya Fadhirul tak takut dah kot sebab ada adik baru masuk dan duduk sebelah Fadhirul. Mujur ada kawan. Toilet pun dekat. Ada pak cik comel dengan attendan hospital yang cute lagi. Untung tau Fadhirul. Kalau takut, boleh ajak dieorang teman. Tapi, dengan syarat, jangan banyak bunyi! (ini adalah dialog pak cik comel dengan attendan hospital). Hehiks. Tapi, walaupun hospital Slim River macam seronok, tapi Huda berdoa semoga jauh dari kecelakaan. Serik dulu pernah duduk hospital. Mereka telah menghidangkan Milo tanpa gula. Itu boleh terima lagi. Tapi, motif bagi ikan tidak disiang dulu. Mengapa? Adakah muka Huda hampir sama dengan kucing yang tak hirau ikan dah disiang atau belum? Sudahlah begitu, adakah patut, dia tanya Huda, mana anak awak? Hello nurse, saya ditahan wad kerana Anemia, bukan kerana saya baru lepas bersalin. Apa daa. Awak nih nurse, patutlah, semua cerita hantu nak jadikan nurse sebagai watak utama hantu. *bergurau sahaja* Tapi nurse, saya terasa hati taw. Kecil hati sangat, sebab tue saya keluar wad saya tak nak pandang muka awak. Saya sensitif taw! Walaubagaimanapun, saya suka awak jugak. Sebab, awak inject saya tak sakit macam nurse-nurse pelatih. Dyorang ganas. Awak lemah lembut. Saya sayang awak. Tapi, cukuplah hubungan kita setakat tue jer. Saya tak nak lagi jumpa awak. *Okey, sengal!*

Semoga Fadhirul cepat sembuh taw.taw. Hye Wanie
Fadhirul



Jadinya, begitulah cerita 30 Mei 2012 bagi Huda. Bagi korang, macam mana pulak? Namun, apa yang Huda dapat simpulkan, *dah macam esei exam*. 
SETIAP YANG BERLAKU ADA KEBAIKANNYA. *gaya Najwa Latif*


Till then, bye-bye. Sarangheyo

No comments: