Sunday, 10 June 2012

Orang ketiga

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.



Kadang-kadang hidup nie pelik. Macam, saya suka awak, tapi awak suka dia. Dia pulak suka saya. Eeh. Hahaha. Tapikan, dalam dunia sekarang nie, orang akan cakap musuh utama wanita itu adalah wanita. Erm, betullah agaknya. Kan zaman sekarang ramai orang kahwin dua. Tapi, apa boleh buat, jumlah wanita melebihi lelaki. Tapinya, bagi saya, musuh wanita tue bukan wnaita. Musuh dia adalah dirinya sendiri. Macam dalam satu kisah nie. Si A sukakan si B. Tapi malu nak cakap agaknya. Si B nie pun sukakan si A jugak. Agaknya lah. Daripada pandangan mata kasar. Tapi, dua-dua pun berdiam diri. Tapi, si B nie adalah kawan dengan girls lain jugak. Si A dah cemburu. And sekarang, si A nie asyik menjeling girls yang diketahuinya kawan dengan si B. Buat orang lain seriau ajer. Kekeke. 

Tapi, bagi sayalah. Si A kalau suka si B, nyatakan sahaja jelas-jelas. Bukanlah apa, nanti kalau si B memang tak faham hint yang diberikan setiap hari macam mana. Kan susah. Nanti si A dengan kawan-kawannya dah salah menganggap insan lain sebagai pemusnah. Betul tak? Inilah yang saya sebut, musuh sebenar adalah diri sendiri. Diri yang takut dengan kelemahan sendiri. Jadi menganggap insan lain sebagai punca. Kekeke. Tapi, alangkah bagusnya kalau dalam hidup nie, bila kita suka dan rindu seseorang, kita diamkan sahaja. Biar masa dan keadaan menentukan segalanya. Lepas tue dengan tak disangka yang kita suka tue memang suka kat kita jugak. Hah! Ini baru seronok. Terus jerit, yea yea yea. Ah, tak kisahlah, yang penting, kita tahu dia gembira, itu sudah menyeronokkan. Yang penting bila awak mesej, saya akan senyum sampai ke telinga. #tak ada kena mengena#

Tapi, musuh wanita adalah wanita itu memang banyak. Dulu, jumpa di alam khayalan ajer. Tapi sekarang dah jumpa terang-terangan. Kisah si D,E dan F. Si D mengurat si E dan mereka seia sekata sebagai pacaran. Tapi, ntah macam mana si F pula datang merepotkan keadaan. Macam mana nie, cemas! Tapi, si E seorang yang bijak. Hey, lelaki bukan seorangkan. Kalau si D sudah jatuh cinta pada si F, buat apa dia mahu terkejar-kejarkan si D. Sudah terang bersuluh si D bukan lelaki setia yang sesuai sebagai calon suami. Si E pulak market lagi tinggi daripada si F. Apa ada kisah. Tapi, sebelum keadaan reda, memang biasalah wanita akan nangis sokseksoksek kan. Korang nie tak tahu hati wanita ni tisu. Lembut tau. Sebab tue kalau Cuput gigit kaki Huda pun, Huda akan lembut hati dengan mengenangkan Cuput adalah haiwan berbulu yang cuba bertindak ganas pada tuannya sendiri. Hampeh punya kucing!

Apa pun, Huda terpanggil pada kata-kata UAI. Dia cakap, kalau wanita sukakan lelaki tue, cakap jer secara jelas pada lelaki tue yang dia sukakan lelaki tue. Habis cerita. Tapi jangan miang-miang tau. Eheh. Suruh lelaki tue masuk emminang kalau lelaki tue sanggup bimbing wanita tue. Ini untuk kisah satu.

Untuk kisah dua. Huda suka ayat nie pulak. Kalau kita jatuh cinta pada dua orang pada masa yang sama, pilih yang kedua. Sebab, kalau kita betul-betul cintakan yang pertama, kita takkan jatuh cinta dengan yang kedua. Hah, mungkin si lelaki tue pengegmar ceramah UAI kot. Hehehe. Lah Tahzan wahai wanita-wanita di dunia. Husnuszon dengan semua ketetapan Allah swt.



P/s: Semenjak akhir-akhir ini, entri saya berbaur cinta. Apa kes?? Maaf, bukan saya sengajakan. Bukan juga kerana saya jatuh cinta. Sebagaimana yang pernah dikhabarkan dahulu, kalau saya jatuh cinta, biarlah saya jatuh cinta pada lelaki yang mengutamakan agama dan kedua ibu bapa dia dan saya dahulu. Lelaki yang saya percaya untuk menjaga kedua ibu bapa saya. Hey, bohonglah kalau saya tak ada sukakan seseorang. Ada. Tapi, bukan kat dunia nie. 



Till then, sambung exam!

2 comments:

gadiest ❤ said...

tanya sama hati sayang :)

love you..blog makin cun!!

NURUL HUDA TAIB said...

Hey you.
Why didnt you rply my msg uh?
Merajuk.
Ada ker bestie tak balas msg bestie nya.
MEMANG MALAS NAK MAKAN STEAMBOAT SESAMA!