Saturday, 2 June 2012

Hot Spring Sg.Klah, Sungkai, Perak (PART 1)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Pengembaraan tempat-tempat menarik diteruskan lagi dengan lawatan sambil belajar kat Hot Spring Sungai Klah. Motif lah sangat. Sebenarnya, hajat nak ke Hot Spring nih, daripada sem 1 lagi dah ditanamkan, tapi, sebab ditanamkan, maka, tertanamlah. Hahaha. Sekarang baru nak gali balik dan tanam balik. Eeh, merepek!

Plan asal pergi berdua. Tapi last minute, ada budak-budak kecil sibuk nak ikut sama. Sebab kita nih kakak yang baiks lagi comels, okey, boleh bawak, janji tak buat perangai eh. Hudakan garang, siapa berani buat perangai. HAHA. Pembuli. Jadinya, perjalanan bersama, Huda, Asni, Ieda dan Mimi. Ieda dan Mimi nih adik rumah Huda. Ieda pelajar ISMP Sejarah dan Mimi pulak pelajar ISM Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.  Takkan lah biodata Huda dengan Asni pun tak tahukan. Ahh, camnilah kan. Owh, abaikan semua yang karut ini. Teruskan, teruskan, teruskan mengenai Hot Spring, Sungai Klah.

Sebelum pergi tue, adalah Google sikit pasal tempat nih. For sure lah kan. Mustahillah main redah jer. Tapi, silap jugaklah sebab hanya bergantung pada review Google, langsung tak terfikir nak tanya pada orang yang dah pernah pergi. Impian Huda bila pergi nih, Huda nak berendam dalam air panas. Huda kan ada masalah kesihatan sikit, jadi, rasa nak menenang-nenangkan dirilah dalam air panas. Yelah, selalu kat kolej tue, dapat rendam kaki jer. Mana nak cari bath tab yer kawan-kawan. Semangat tau pagi-pagi bangun masak bekal. Hidup sebagai student dengan jantina seorang wanita, mestilah kena rajin sikit dan berjimat. Tahu kita nak pergi berjalan, tentu kos minyak dan tiket, maka duit makan kita kenalah potong. Bertolak dalam jam 8.30 pagi macam tue. Sebab, plan nak lama-lama merendamkan tulang-temulang nih. Kenapa pergi hari Jumaat? Ingatkan hari Jumaat kurang orang, rupanya, tak ada beza. Hehiks.

Konon-konon sangat terror jalan Perak nih so memang tak Google map atau GPS. Main jalan jer. Hasilnya, masuk kat Felda Trolak Selatan, sedangkan Hot Spring kat Felda Sg.Klah. Nih lah Huda. Mujur ler As, Ieda dan Mimi dapat bersabar. Sampai jer kat Hot Spring, beli tiket. Harga tiket dewasa RM12. Huda mintak tiket kanak-kanak, tapi, nan hadonya cashier lelaki tue nak bagi. Dah beli tue, naiklah trem yang disediakan. Mak ai. Trem dia. Bergegar lutut den nih. Bergoncang bukan main. Kalau atuk opah naik, mesti dyorang dah membebel. Macam jalan dalam hutan gamaknya, padahal jalan raya jer pun. Tapi, Alhamdulillah, syukur. Tak payah penat jalan kaki kan.

Tapi, kecewanya bila tiba kat tempat air panas tue. Tempat mandi utamanya air sejuk. Tempat mandi air panas dia, tak panas pun. Ala-ala macam air kopi yang tak payah tiup tapi masih rasa hangat. Sedih ar macam nih. Punyalah bersungguh Huda nak berendam. Tapi, dah alang-alang pergi. Takkan nak balik gitu aje. Jadi, masuk lah dalam air. Untuk pengetahuan, Huda memang tak pandai berenang, tidak boleh menyelam, malah seorang yang gayat dan penakut. Tapi, alhamdulillah, Huda mempunyai ketinggian yang agak baik, jadi, kolam cetek tue, small matter. Hehehe. Huda sangat suka bergambar. Jadi paksa dyorang bergambar jugak lah. Yang seronoknya, walaupun kami cuma berempat, tapi kami enjoy sangat moment-moment bersama tue. Penat kat situ, beralih kat tempat lain. adalah tempat rebus telur. Berasap-asap. Tapi Huda tak minat nak try. Telur RM3/5biji. Membazir. Di Grand Union, 5biji/RM1.60. Elektrik KUO bayar. Hehehe. Huda cuma try merendam kaki kat mata air panas yang suhu dia cecah 45 darjah celcius tue. Bolehlah. Tak adalah melecur ker hapa. Mungkin sebab Huda sukakan air panas, jadi, air panas tue rasa macam air sejuk. Gurau!

Sebab macam budak-budak gonjeng hilang arah, Huda ajak dyorang pergi kolam air sejuk tue lah. Berendam dengan gaya badak kat situ. Nak berenang memang taklah. Huda hanya berjalan-jalan, ya, berjalan dengan kaki cecah ke lantai kolam. Sebab takut nak angkat kaki, takut tenggelam. Jadi, berjalan ke sana ke mari. Yang syoknya, tak mau lah nampak dasyat sangat, kitaorang berenang gak. Dengan gaya katak. Angkat kaki, lompat-lompat. Hehe. Sweet. Ambil gambar dan ketawa sama-sama. Itu yang sangat menarik bagi Huda. Sampailah saat dan ketikanya Asni ajak kitaorang main gelungsur kat kolam tue. Gelungsur tue ada tinggi dan ada rendah. Tapi, sudah ku bilang, saya ini takut lemas. Tapi, macam tak gentle pulak kalau tinggal sengsorang kat bawah, maka kuturutkan. First, cuba yang rendah dulu. Okeylah. Walaupun suaraku bertukar menjadi suara jantan. Ketakutan. Then, time cuba yang tinggi. Sebab, wanita itu sifatnya lemah lembut, maka, kami sepakat, kita akan menggelunsur secara berjemaah. Oh, sweet. Gelungsur tinggi nih, Huda naik dengan Miemie. Kenapalah Miemie lebih berani sifatnya berbanding Huda? Malu! Dia depan dan Huda belakang. Suaraku sekali lagi bertukar dan.... Budak dua orang (Asni dgn Ieda) kat bawah stand by in case Huda lemas. *pelampung tidak disediakan di sini* Ya, saya yang perintah dan arah mereka berbuat demikian kerana saya penakut. Malangnya, dua orang ini bukan menyelamatkan Huda yang separa tenggelam selepas proses menggelungsur tetapi, dibahannya Huda cukup-cukup. Cakap muka Huda merah lah, pucatlah, kaku lah. Siap kata, mujur tak bawak kamera time tue, kalau tak dah rakam. Cis. Memang sentap betul. Tapi, Huda seronok. Yang menakutkan itu Huda dah lalui. Lepas nih, insya Allah, tak mau naik lagi. Hohoho.


Sebelum korang bosan, Huda tamatkan kat sini dulu. Akan bersambung kat Part 2 nanti. Well, saya buat blog untuk menulis, bukan hanya memaparkan gambar, Jadi, wajarlah blog saya mempunyai setengah halaman tulisan. Harap, korang enjoy. Sebab saya sangat enjoy. Those girls sangat menggembirakan saya. Saya sayang korang. Much-much love. Till Then, Assalamualaikum.


Miemie & Ieda
Kakak sayang korang


Mana tangan Huda. Kalau betul Huda bagi senyum jer. keke


Ieda kaki menyakat. Tapi cakap kita pulak macam budak-budak
Ala-ala spa. Macam pernah pergi!
Yeayea. Kita kembali ke zaman budak-budak


Miemie nih serius macam baby
Tengok pun tahu kelajuan dia bila kita turun. Takut
Saya paling tinggi. keke
Jumpa lagi nanti adik-adik sekalian
Mari merebus telur
Taman terapi.
Trem. Bukan ambil gambar Huda. Tapi Huda yang ambil gambar dia.
Inilah batu terapi
Panas, malangnya tak boleh masuk
Suasana di hot Spring
Kakak dan adik-adik
Kakak dan kawan. Hahaha
Kakak bertukar menjadi batu
Kembali ke dalam bentuk manusia
Sayang korang sangat-sangat

2 comments:

mySara said...

ok, nak lempang huda.
pegi tak ajak.cis~

NURUL HUDA TAIB said...

haha.
nih nk marah nie.
aritue betullah dah ajak.
siap dah btau nk masak apa tuk makan kat sana.
tak caya tanya soffwah.
soffwah msti kata ya.