Tuesday 26 June 2012

Hari kedua : Menjadi guru pelatih

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

26/06/2012 (Selasa)
Entri ditaip dengan meminjam broadband Asni sewaktu beliau ketiduran.<-------ditujukan buat MAMA (sila buat-buat fahamlah)
Semoga readers tak bosanlahkan. Nie baru hari kedua. Saya akan terus menerus menulis pengalaman saya di blog ini. Sekurang-kurangnya, ahli keluarga terutama mama di rumah akan tahu perkembangan saya di sini. Di Kuantan yang sangat sibuk dan panas~

Hari nie saya mengajar Sejarah. Kelas 4 ABM. Oh ya. Semua pelajar saya lelaki. Tidak ada perempuan. Sebab jadual dah dapat awal-awal lagi, saya memang tiada masalah tentang preparationlah. Kita pun dah bincang dengan guru Sejarah yang kita take-over kelas dia, bagaimana dia menagjar, sampai mana dia mengajar, jadi, semuanya diatur perlahan-lahan. Bukan senang kerana saya hanya guru pelatih. Keadaan sekolah, kalian pun dah sedia maklum. Dulu, Amie, adik saya pernah cakap, kawan dia perempuan berdiri atas meja masa cikgu menagjar, kiranya pelajar yang terlebih diajarlahkan. Sekarang saya berada dalam situasi tue. Segala momokan Amie saya lalui. Ya, agak sukar buat masa ini tapi, saya percaya saya boleh. Cuma, bulan puasa nanti saya semput sikitlah rasanya. Mana boleh meneguk air macam sekarang nie. Serius, kering tekak bila habis 80 minit untuk satu kelas tue.

Pelajar tak pandai, pelajar bising, pelajar malas, pelajar kurang ajar dan segala keburukan lagi. Banyak yang saya dengar. Saya bukak telinga besar-besar dengan semua rungutan guru-guru. Ada juga guru yang positif dengan semua nie. Berbeza semuanya. Ada yang begitu, ada yang begini. Pokok pangkalnya, USAHA GURU. Betul tak? Macam saya sekarang. Sekolah start jam 7.30 pagi dan tamat P&P jam 3.30 petang, tak termasuk sukan dan ko-kurikulum. Sebab, sekolah vokasional memperuntukan lima masa sehari untuk kelas SKM. Masa belajar jadi panjang. Agak keletihan dengan jarak rumah dan sekolah yang jauh. Tapi, akhirnya, saya sedar. Semua tue berbaloi apabila kelas tamat, pelajar ucapkan, TERIMA KASIH CIKGU! Saya rasa seronok bila saya berjalan di sekolah, pelajar ucapkan, ASSALAMUALAIKUM CIKGU! Saya sedar, sesetengah pelajar memang tak minat berada dalam kelas, makanya mereka berperangai tak senonoh masa kita mengajar, tapi, di luar kelas, sangat menghormati guru. Setakat ini, Alhamdullillah, saya bersyukur.

Macam kelas 4 ABM hari nie, saya sampai awal ke kelas. Cikgu Wan Fadhli belum habis mengajar. Tapi, dipaksanya cikgu Wan Fadhli keluar, nak jumpa cikgu baru katanya. Sibuk bukakan pintu untuk saya masuk. Cikgu Wan geleng kepala tengok telatah pelajar SMV nie. Bila cikgu Wan keluar, sibuk ditutupnya pintu tingkap, tak bagi cikgu Wan kacau mereka nak belajar dengan cikgu baru. Budak-budak~ Sabar aje lah cikgu Wan! Bila saya start mengajar, Ya Allah, mereka punya suara. Itu yang kering tekak saya dibuatnya. Saya kata DUDUK! Mereka ramai-ramai jawab, DUDUKLAH! Saya kata KELAS, SENYAP! Mereka jawab balik, KELAS, SENYAP! Hah, macam mana tue? Saya suruh keluarkan buku teks, buku nota Sejarah. Jawapan mereka, TAK ADA BUKU TEKS, LUPA BAWA BUKU NOTA. Sabar! Ada yang sibuk tak dapat buku teks. Saya tanya, kenapa tak dapat, jawapnya apa tau? Macam mana nak dapt cikgu, kalau hari nie dapat besok hilang! Haih, macam nak dihempuk saja! Saya kata itu bukan tak dapat. Itu tak tahu menghargai. Ketawa sajalah.

Daripada zaman saya budak-budak pun, tak sah kelas kalau tak bagi nick name kat kawan-kawan. Ada yang dinamakan AYAM, ada yang dinamakan RABBIT. Macam-macam lagi. Macam nie, tengok rambut budak tue kelakar sikit, digelarnya rerambut rambutan! Tak habis-habis disakatnya kawan dia, rerambut rambutan, diulang-ulang. Seorang pelajar yang duduk depan sekali tue pulak, asyik tersengih bila saya mengajar. Saya suruh tutup mulut, tumpukan perhatian. Kawannnya cakap apa bila saya kata begitu, CIKGU, MULUT DIA TAK BOLEH TUTUPLAH! Merujuk kepada fizikal pelajar tersebut yang giginya agak kedepan (jongang). Sabar aje lah. Nak ketawa, tapi ditahan, tapi, namanya manusia, terhambur jugak!

Tapi, yang seronoknya, dalam malas nak salin nota, dalam mata terpejam tertutup, dalam mulut tak berhenti mengomel, dalam tawaf keliling kelas tue, bila saya buat latihan pengukuhan, saya andaikan 70% berjaya. Saya syukur jugaklah. Iyalah, masih boleh dilentur lagi mereka tue, tapi, kena polish hari-hari. Saya berazam nak beri mereka sedikit tenaga saya nie untuk dicurahkan sehabis-habisnya untuk emreka selama 4 bulan nie. Mungkin masa terdekat masih tak mampu tengok hasilnya, tapi, sekurang-kurangnya, perbezaan antara saya dan guru sebelumnya, mampu memberikan impak berbeza. Oh, bukan saya kata saya lebih baik daripada guru sebelumnya, tapi, saya katakan, saya orang baru, tenaga dan semangat masih PANAS!

Serius muka cuak nak masuk kelaskan. Hihi. Itulah namanya pengalaman dan kenangan.


Nota: Kak Ifah, guru pembimbing saya pesan, jadi cikgu, bukan tiket kemewahan. Kalau awak pilih profesion ini kerana gaji yang bakal awak dapat, maka kesusahan yang sentiasa awak rasa. Tapi, kalau awak pilih profesion nie kerana cinta awak pada ilmu dan anak bangsa, maka, setiap kesusahan awak takkan pernah awak rasa. Jadi cikgu, ikhlaskan hati, takkan alami sakit mental. Kak Ifah dah mengajar 16tahun sejak dipostingkan masa umur 25tahun, tapi, yang mengejutkan saya, saya ingatkan umur dia baru 25tahun sekarang. See, kerja dengan rasa kecintaan pada profesion itu lain rasanya dengan kerja kerana manfaat daripada pekerjaan itu. Mungkin sebab tue mama selalu ulang, kerja itu menjadi darah daging! Jangan impikan kereta mewah atau rumah besar, bersyukur dengan segala yang kita ada~



Till then, rumah tak ada elektrik, badan panas, tapi terpaksa jugak gagahkan diri menyiapkan makanan bekalan hari esok. Kami cikgu tanpa elaun RM 1300, makanya kena berjimat cermat. Hihihi. Saja keluar statement nie sebab cikgu Joe hari-hari minta kami beli barang jualan dia, AVON lah, TUPPERWARE lah, kain ela untuk rayalah. Pisang pun diskaun RM3. Sabar ajerlah dengan KELAB BILIK GURU nie. Hihihi. Katanya, HEY CIKGU UPSI, KAU BELI NIE AKU JUAL, KAU KAN DAPAT DUIT RM 1300 SEBULAN. MEH BELI, 3x BAYAR!!!!

No comments: