Friday 31 August 2012

Pengkisahan Merdeka

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

27 Ogos 2012-30 Ogos 2012

Bukan mudah. Tak senang. Tapi, ia bukan MUSTAHIL.
Pada awalnya, semangat berkobar-kobar nak buat itu nak buat ini bila saja diberi tugas dan kepercayaan. Pertengahan kerja rasa macam tak mampu. Hampir mengalah. Perlukan sokongan daripada pihak berkenaan. Perlukan lebih banyak tunjuk ajar. Alhamdulillah, kemuncaknya berlangsung bagi saya boleh dikatakan  cemerlang untuk guru biasa, guru baru dan guru pelatih macam saya. Walaupun tak semua idea, tak semua flow berjalan dengan baik, saya bangga sebab saya tahu, anak didik Vokasional Kuantan adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Kalau kita beri mereka peluang, sudah pasti, mereka lebih berkemampuan berbanding sekolah lain.Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah saja mampu keluar dari bibir ini. Walaupun ada mulut-mulut yang mengatakan biasa saja, saya tak kisah. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Saya terima itu sebagai cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi masa hadapan.

#Terima kasih buat kak Shamsiah M, kak Iffah, kak Yah, cikgu Jeff, kak Hafzan, kak Yus, kak Ton, cikgu Hamdann, cikgu Salah, cikgu Fazli, staff sokongan SMVK, cikgu-cikgu lain dan much love untuk anak didik yang melibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah, SMVK bagi tahun 2012#

#Terima kasih juga untuk ruang, peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi pengacara sekaligus memainkan peranan dalam pengkisahan kemerdekaan SMVK. Saya terlalu bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus Allah swt berikan buat saya dalam keadaan saya dihujani dengan fitnah dan dendam oleh mereka yang tidak pernah kenal erti sahabat dan perjuangan#

##Syukur juga saya dalam hasad dengki itu, Allah swt lorongkan hati-hati senior untuk menilai mana intan dan mana kaca. SubhanAllah, sesungguhnya fitnah itu kembali kepada si pelakunya. Allahuakbar!!! Tapi, maaf, hati ini belum mampu menerima mereka lagi, bukan menjadi pendendam, ya, sedang Nabi Muhammad saw ampunkan umat, malangnya, saya hanya manusia biasa. Rasa kecewa itu belum mampu memaafkan kalian.##

***************************************************************************************




























PELUANG BIASANYA HADIR SEKALI DALAM HIDUP KITA. KALAU KITA LEKA, KITA MEMBUANG MASA, MELEWAT-LEWATKANNYA, MERASAKAN IA MENUNGGU KITA, MAKA KITA ADALAH GOLONGAN YANG RUGI.
Anak-anak didikku, telah cikgu katakan kepada kalian, kalian diberikan peluang ini, buat dengan baik, kerana ia takkan berulang lagi. Sekalipun berulang, keadaannya tak mungkin sama. Apa pun tahniah, kerana berani menyahut cabaran.
*49 hari lagi di bumi Kuantan*


*Kenapa pulak rasa sedih bila 'dia' marah dan malas nak layan? Pelik betul, tension betul.*

2 comments:

zatie said...

awk kuat kn semangat n jgn layan sgt fitnah2 tue tau...
awk hrp berjaya menjadi pendidik y meninggalkan kesan y mndlm kpada student kt sane...
fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

Zatie :
Akan saya kuatkan semangat untuk mereka yang memerlukan saya