Sunday 6 May 2012

Kucing Episod 2


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Terus menerus membawakan edisi kucing comel mengalahkan tuannya. keke. Ini blog peribadi. Mohon dihormati. Terima kasih. =)


Popo.
Tak tahu gender lagi.
Ada orang buang this poor baby with their sibling. (3 ekor dah mati masa nih)
Kawan mama amek & mintak tolong kami jagakan.
Baby popo pun tak berjaya nak survive. Mungkin sebab kami silap jaga.
Truly, kami tak pandai jaga kitten kecik gini.
This baby, dah tak ada. (mati masa tidur).

Mummy.
Jumpa kat tempat makan Kampung Melayu Majidee.
Rasa nak bawak balik, tapi masa nih kami tak dapat nak amek dia sebab ada urusan lain.
Kalau bawak dia, takkan nak tinggal dalam kereta panas-panas.
Harap this mummy selamatlah delivery her babies.

Spot from left.
Uning. Mek. Atom. Coco.
Uning dan Coco adalah adik beradik.
Kedua-duanya betina.
Uning penakut dan merasakan dunia sangat berisiko.
Tapi, Coco berani menghadapi cabaran, contohnya berlari laju-laju curik tulang ayam dari pinggan kakak. hehe.
Huda ambil dari Kolej Ungku Omar, UPSI.

Masa nih bawak budak berempat pergi suntik cacing+kurap dan check Mek yang selesema.
Sad story = Uning, Coco dan Atom dah mati.
Hari yang berturutan.
Sedih! Sedih sebab masa diorang mati, Huda kat UPSI. Tak dapat jumpa bila balik nanti.
Video dan gambar jek pengubat rindu.
Tapi, puas hati. Sebab, sepanjang dieorang dengan kami, kami cuba beri yang terbaik dan termampu.
Love, kngah.

Chebe.
Betina.
Sangat manja, demand dan penakut.
Tapi, suka kawan dengan Mek.
Tidur dalam bilik dengan ayah.
Tak suka makan bersendirian melainkan ayah teman.
Tak mahu layan kakak tapi nak layan ayah jer.
Pembersih, dari awal datang, poo dan pee dalam bilik air.
Tak suka suasana memekak!
Kuat makan telur.
Suka mengutip barang-barang guna mulut dan dibawa ke hulu ke hilir (buat sepah!)
Huda ambil dari kedai makan simpang Pasak, Kota Tinggi.

Ciput.
Betina.
Bestfriend Cuput popot.
Nakal, bijak bodoh-bodoh, pengikut setia Cuput (orang suruhan). keke
Dikategorikan sebagai kucing yang kuat menyepah dan kaki gaduh macam Cuput.
Ambil si comel nih dari Kipmart Kota Tinggi.

Chebe.
Bukti budak nih suka dengan ayah!
Tidur pun cari ayah.
Baby.
Betina.
Huda namakan baby, belum ada nama kekal lagi masa nih.
Ada orang buang baby nih kat rumah Huda. (KEJAM)
Mungkin sebab dia sakit dan kotor.
Huda tak dapat nak bela dia lama, tak sempat nak rawat pun.
Sebab dia kat rumah Huda almost 3 hari kot.
Dan masa tue, atuk accident, manalah sempat nak urus this poor kitten.
Sedih dan menyesal jugak sebab tak dapat tolong dia.
Harap baby tak marah kami...




Huda blogging pasal kucing sebab Huda suka. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Yes, I'm good. Dijamin masuk syurga. Nope. Tapi, kalau korang nak kata gitu, what should I say kan. Just, bila Huda blogging nih, mungkin ada yang terbaca, boleh lah fikir-fikir. Sambil buang air besar tuh kan. Fikir, kita seronok-seronok makan dan tidur. On Facebook hari-hari. Tapi, ada banyak perkara yang kita buat tak endah. Haiwan-haiwan nih perlukan bantuan kita. Yup, kita memang tak mampu nak selamatkan semua. Tapi kalau seorang rakyat Malaysia selamatkan 1 haiwan terbiar, Huda rasa, kita takkan tengok ada kucing+anjing or whatever haiwan yang mati terburai isi perut kat atas jalan raya. Betul tak betul? Sambil makan Maggi pun boleh fikir macam mana nak bantu mereka nih!




Till then, salam.

2 comments:

Mata Pena Fadz said...

pewh Popo n Chebe tuh kiut betul...geram ite tgok ~ :)

Unknown said...

Popo dah tak ada.
Chebes ada lagi.
Mau jumpa?
Meh datang tanjung Fadz.