Wednesday 30 May 2012

One day with one of my bestfriend (Jannah)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Kalau ada yang menyampah dengan blog yang sentiasa memaparkan wajah-wajah ini, anda dinasihatkan, langsung jangan klik. Abaikan sahaja. Kerana, saya adalah manusia yang menulis di sini, saya punyai perasaan dan menulis dengan hati. Kalau tak boleh menghormati, jangan buka langsung.


FUJIFILM






OLYMPUS


 Kota Tinggi.











Hidup ini memang boleh berseorangan. Katanya lebih mudah, senang dan jimat. Namun, bagi saya, saya masih memerlukan teman di sisi. Untuk meluahkan rasa sedih, marah dan gembira saya. Tak dapat dibayangkan hidup tanpa teman. Teman nih, ada banyak jenisnya. Ada teman tikam belakang ada teman penawar suka duka. Nak dapat yang tikam belakang, cukup mudah, tapi yang kekal di sisi masa senang dan susah memang payah.


Adat berteman juga, bukan sentiasa ceria dan mudah. Kadangkala rasa terguris, tersisih dan marah tue memang akan ada. Waima dia adalah sahabat sebelah katil masa dilahirkan. Hehehe. Namun, Alhamdulillah, sakit terguris dan sedih itu mudah dilupuskan dengan kenangan manis yang sangat banyak dan lebih bermakna. Alhamdulillah juga, kawan yang dipercayai, belum membuat onar bagi diri ini setakat ini. Ada untuk menggembirakan setiap kali hati berduka.


Sungguhpun semakin hari, jarak dan masa memisahkan, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu mereka. Berbual-bual, bertanya khabar, makan bersama. Macam dulu. Rasanya, kawan karib saya di SMKTH dulu, masih belum berubah minat dan sikapnya. Tapi, saya akui, lebih 5tahun selepas tamat SPM, memang mereka jauh lebih matang. Pandai bergaya, sopan-santun dan lebih tinggi nilai kewanitaannya. Syukur. 


Kerana itu jugalah, saya sentiasa ingin bertemu mereka. Mereka membuatkan hari-hari saya semasa di sekolah dulu penuh ceria. Bagaimana nak lupa mereka, kalau mereka yang sanggup tak tidur malam untuk memberi kejutan semasa hari lahir saya, sama-sama berlari pulang ke asrama untuk 'cop' baldi. Perasaan seolah-olah berada dengan keluarga sendiri tue sememangnya ada. 5 tahun tinggal bersama, kenal hati budi dan perangai masing-masing. Ada juga yang 6 tahun setengah termasuk tingkatan 6. Rindu sentiasa ada. Walaupun bukan dengan semua, tapi, bertemu seorang seolah-olah bertemu semuanya. Saya orang yang ringkas. Kalau berjalan dengan saya tak perlu formal. Makan dengan saya pun tak perlu beradab sangat. Oleh itu, pemilihan kawan saya juga yang begitu. Yang slumber tapi tahu menghormati orang lain, faham saya dan boleh berhoye-hoye bersama. Selesanya.


Natijahnya, teman ketawa senang dicari, teman menangis perlu dihargai. Kalau kita mahu mendapat kawan yang baik, berbaiklah dengan semua orang. Elakkan menabur fitnah terhadap teman kalau kita tak mengenali dia sedalam-dalamnya. Takut kita tersalah faham maksud percakapannya, lantas terus menabur fitnah, hancur sudah sebuah persahabatan. Ingatan ini saya tujukan buat si polan yang dosanya saya maafkan. Kerana Allah juga yang berhak ke atas manusia di bumi ini. Siapalah saya untuk me'neraka'kan insan lain sedang saya juga akan dihisab di akhirat kelak. 



P/s: Seharusnya entri ini entri gembira, tetapi ketika menulisnya, teringatkan sikap bekas teman saya yang menyeksakan itu, lantas, entri ditaip seperti adegan perang dan bunuh. Maaf Jannah. But, you made my day. Thanks a lot.

P/s 2: Sudah 24 tahun usia saya. Tapi, baru hari ini saya tahu yang kalau minum di McD, kita boleh refill. Tak perlu bayaran tambahan. Kenapalah selama ini membuang duit di mamak sedangkan di McD aircond dan wifi tersedia. Tapi, kadang-kadang penangan teh tarik mamak cukup kaw~


Update: 30/5/2012. Rupanya saya muda tapi perasan tua. Umur sebenar saya 23 tahun. Ini adalah kesilapan yang disengajakan sebab masa sekolah dulu malas buat latihan Matematik. Jadi, kelemahannya dapat dikesan sekarang. Huwehuwwhuwhwu

6 comments:

Anonymous said...

ehem..rindu nyer..cik huda..kita baru je 23 tahun syg..cpt ny awak da 24 tahun..

gadiest ❤ said...
This comment has been removed by the author.
gadiest ❤ said...

my beby boo!

i pon xsempat nak update pasal kite..
tggu yea...
heheheh :)

miss you alot!

30 May 2012 00

Unknown said...

saya dah 24 tahun lah. Haha. Biar perasan tua, jangan perasan muda. Tue beringat nak bertemu Allah da tue. Hehehe

Mata Pena Fadz said...

comelnye kwn huda tuh :) gebu jew...heeeee

Mata Pena Fadz said...

comelnye kwn huda tuh :) gebu jew...heeeee