Sunday 3 June 2012

I-City, Shah Alam (1 Jun 2012)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Walaupun follower blog nih tak seberapa,tapi cukup bermakna. Terutamanya bagi yang anda yang setia membaca setiap bait-bait tulisan saya. Saya hanya insan biasa yang kehidupannya agak luar biasa. Heh!

Bukan sudah saya katakan dalam entry lepas bahawa adik-adik serumah mahu ke I-City. Maka, sebagai kakak yang berpura-pura baik mestilah menunaikan hasrat mereka. Tak semua orang ada kesenangan waktu atau keadaan seperti kita. Kita yang diberi kesempatan itu kenalah berkongsi sama. Susah dan senang sama dirasa. Bukankah begitu? Tambahan pula, kita share duit minyak dan tol kan. Hehehe. Kalau sendiri, mungkin tunggu saya dipostingkan dahulu.

Lepas Zuhur di masjid Proton City, kami bertolak ke Shah Alam. Saya nih driver yang tak tahu selok-belok jalan. Nak ke Shah Alam pun tak tahu jalan, main masuk jer highway tue. Lepas tue cakap kat Asni, jalan mana kita nak pergi nih. Asni pun blurr. Jadinya, on GPS lah. Sebab hari tue pernah ke kolej Hasmidah, so, set GPS terus ke Kolej Melati, UiTM Shah Alam. Korang mampu?? Perjalanan smooth jer. Sampai kat UiTM tue, kita orang masuk. Tak ker gila. Yelah, GPS yang suruh. Pak guard UiTM, Shah Alam tanya nak buat apa. Kitaorang jawab, kitaorang nak pergi ker Gate UiTM yang ada Jakel. Sebab, Hasmidah ajar, nak senang pergi I-City lalu ikut tue. Sangatlah noobnya otak saya sehingga pasang GPS ikut yang Has ajar jugak.Mesti pelik. Kenapa tak set aje GPS terus ke I-City. Sebabnya, kami nak masuk I-City secara seludup. Duit tak ada tapi niat hati nak berhoye-hoye! Keluar dari Gate 2, UiTM Shah Alam, jumpa Jakel dan terus mencari parking di rumah flat yang Hasmidah ajar. Alhamdulillah, perjalanan sangat mudah. Lega. Sampai di situ, jam lebih kurang pukul 5 lebih. Mustahil nak masuk siang. Nanti tak nampaklah riang ria Aidilfitri I-City tue. Jadinya, ajak dyorang solat Asar dulu dan rehatkan badan. 

Mencarilah kami surau pulak. Mujur jumpa. Dekat jer dengan flat tue. Solat Asar dan kami berehat. Sambil berehat dan transfer gambar kamera to laptop. Bila mana kata berehat, tentulah semua mata nak terpejam. Terutamanya driver. Driver perlu merehatkan mata. Maka kami tertidur di masjid yang selesa banget tue sampailah ke azan Maghrib. Wah, lena sungguh! Kata Miemie, Huda tidur statik. Tak bergerak bentuk dari awal. Mestilah, saya masih mengamalkan kesopanan walaupun sedang tidur. Kekeke.

Lepas solat Maghrib baru ke jalan seludup I-City. Aiseyman, jalan tue dah ditutup lah. Mesti pihak berkuasa tahu kitaorang selalu ceroboh masuk tak mahu bayar parking. Mencik betullah. Student nak berjimat pun tak boleh. Student pun tahu nak berseronok tau. Hahaha. Emosi tak kena tempat! Dah sampai kat Shah Alam tue, takkan lah nak balik gitu aje. Pergi jugaklah ke I-City tue. Tengok rate parking dia. 6am-6pm=RM1.00. Wah, happy gila. Sekali, 6pm-6am=RM10.00. Macam nih lahkan. Beza RM9 tau! Tapi, masuk jugak kami ke situ. Yelah, minyak dan tol dah bayar tau. Takkan nak balik. Masuk, cari parking dan terus ke pokok-pokok elektrik. Tapi, sedih banget dan kecewa. Rasanya, I-City under construction kot. Sebab dulu Huda pergi best, sekarang banyak yang dah berubah. Kesian dyorang, kali pertama pergi, agak hambar.

Nak main games dalam tue, tapi, harga melambung-melambung. RM25 ke atas harga tok adults macam kitaorang. So, hanya bergambar dengan pokok-pokok elektrik jer lah. Tapi, hati nak sangat naik benda yang macam dalam Running Man tue. Sob,sob,sob. Next time lah, bila dah kerja. 

Ada macam dlm Fairytale tak?
Kamera hp jer. Itu yang gambarnya pecah
Merah menyala oh jantungku...Kekeke...Sila sambung..
Sila gelak laju-laju..Stop!
Sarangheyo..
Macam budak-budak lagikan. Padahal dyorang nih dah semester 2
Riang ria Aidilfitri
Bye-bye. Kitaorang balik dulu. Jam dah puku 10 lebih masa nih.


Biasalah, aktiviti dalam nih, tak ada apa sangat selain bergambar. Dan, Huda juga ajak adik-adik manis membeli Reben berlampu sebagai kenang-kenangan kepergian kami ke I-City. RM5 jer. Kalau RM15, kem salam lah nak beli. Saya juga nak beli sesuatu yang lain tetapi keseronokan berceloteh buat saya kelupaan. Balik sahaja ke rumah, saya bersedih hati. Sedih sangat kerana Hello Kitty dan bola berlampu itu sangat cute. Siapa nak pergi nanti, saya nak kirim, boleh?



Sebelum balik ke Tanjung Malim, adik-adik request nak makan mee goreng ala-ala mamak. Uish, punyalah susah kot nak carik. Maklum, bukan orang tempatan. Banyaknya kedai ikan bakar sahaja. Sedih. Cari punya carik, jumpalah kedai Selera Umi, bih kurang gitulah. Kedai lain penuh dengan lelaki-lelaki kaki bola. Macam malu jer nak masuk. Kekeke. Jadi masuk kedai yang sunyi sepi. Servis kedai nih boleh kita bagi dia 2/5. Patut lengang. Sebab tukang masaknya cuma seorang. Tentulah buat kerja lambat. Pekerja yang lain pula duduk bersembang. Meja basah tak berlap. Sabar aje lah. Dah kami bersoseh-soseh baru nak datang ambil order. Kami terpaksa repeat order 5,6 kali. Sabar lagi. Lepas tue, dy suruh ulang sekali lagi. In case salah katanya. Memang salah pun. Tak ada siapa sebut nasi paprik, bileh pulak dia tulis nasi paprik. Macam mana tue? Tokey kedai tolong ambil perhatian. Bila order sampai, Huda kenyang siang dah makan nasi, jadi malam order bihun tomyam je. Bihun tue lebih banyak dari kuah. Macam mana korang bayangkan. Sabar tau hati nih. Senyum jugak. Tapi dalam hati, Allah jer tau berapa meter bebelan nih hah.

Lepas makan, terus balik. Subhanallah. Jalan jem yang amat. Jem bukan sebab accident ker apa. Jem sebab kereta sangat banyak. Sangat-sangat. Bayangkan, jalan masuk RnR jem tak ingat. Huda pun bawak kereta tersengguk-sengguk. Almaklum, ngantuk seharian berjalan. Boleh pulak, mata terpejam tapi tekan minyak lagi. Hehehe. Sekali bukak mata terperanjat, terus brek. Terbangun si Asni. Ieda dan Mimi mungkin di syurga masa tue. Kekeke. Yang tambah memeranjatkan lagi, 20minit jugak menunggu turn bayar tol kat Plaza Tol Tanjung Malim. Punyalah banyak kenderaan. Habuannya, pak guard tak bagi masuk malam tuh. Kereta jer lah. Orang masih bagi masuk. Sabar jer lah duhai hati. Apa-apa pun, saya gembira dan relax sebelum otak akan diperah cukup-cukup untuk exam empat paper semester ni. Doakan tau. 


Till then, jom ke Sabah panjat Gunung Kinabalu~

3 comments:

Mata Pena Fadz said...

ho yeah..beshnye pegi i-city~ :)

Unknown said...

Fadz:
Huda ajak, Fadz tak mau ikut.
Kalau tak boleh kita cipta kenangan indah.

Mata Pena Fadz said...

owh yg harituh ey....busy la mse tuh... :)