Saturday 9 June 2012

KISAH CINTA YUSOF DAN ZULAIKHA

Assalamualaikum wbt.

Salam Sejahtera.

Sebagaimana tajuk, mari kita sama-sama menghayati kisah cinta agung ini. Moga-moga, ada kebaikannya buat kita semua.
...........................................................................


Zulaikha, isteri kepada menteri Al Aziz menaruh perasaan cinta terhadap Nabi yang handsome itu.. walaupun beliau sedar, usianya jauh berbeza, namun beliau merasakan dirinya masih seOrang yang rupawan.

Perasaan cinta Zulaikha membuak-buak sampai ke kemuncaknyaapabila sanggup memadukan menduakan suaminya sendiri dengan menawarkan dirinya kepada Nabi Yusuf a.s. But hOwever, usahanya tidak berjaya kerana cinta agung Baginda kepada Allah SWT sangat kukuh. Akhirnya Baginda dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam cinta dan rindu kepada baginda...

Akibat terlalu mencintai dan merindui Nabi Yusuf a.s, Zulaikha mula hilang pertimbangan. beliau menjadi separuh gila sehingga memaksa sang raja menceraikannya. Meanwhile, mulutnya tidak berhenti dari menyebut nama Nabi Yusuf a.s pujaan hatinya.. See, betapa hebat penderitaan yang ditanggungnya. 

Hari berganti hari, Zulaikha yang rupawan bertukar menjadi seOrang perempuan yang tua hudOh. Akibat panahan rindu yang sangat mendalam terhadap baginda, matanya pula buta kerana banyak menangis, serupa laa dengan musibah yang menimpa kasim selamat.

Then..setelah hampir 12 tahun nabi Yusuf a.s dipenjarakan, baginda akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang bOleh menafsir mimpi..

Atas kehendak Allah SWT yang kasih kepada makhluknya, lantas Zulaikha dipulihkan. wajahnya kembali muda dan semakin cantik rupawan persis ratu yang jelita. Akhirnya, Allah SWT mewahyukan Baginda agar mengahwini Zulaikha. 

Namun, Zulaikha yang dikahwini Nabi Yusuf bukanlah Zulaikha yang dulu. Zulaikha yang dahulunya merindui Baginda telah berubah menjadi wanita sOlehah yang sentiasa beribadah dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Hari harinya hanya untuk bermunajat kepada Allah SWT, menyesali atas kekhilafannya dahulu. masanya hanya untuk Yang Esa sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai seOrang isteri. Begitulah asyiknya Zulaikha mendekatkan dirinya dengan Allah SWT serta menginsafi dOsa-dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini. 

hurm..lihatlah betapa cinta yang dulunya terbit dari nafsu dapat dipadamkan apabila beliau mula mengenal cinta hakikinya hanya untuk Allah yang Maha Berkuasa. Zulaikha menyedari..kemuncak cintanya yang kekal akan muncul di akhirat kelak, pertemuan indah dua jiwa yang beriman penuh asyik dan rindu akan ditemuinya di Syurga abadi..

Di ruang ini juga, ingin saya sisipkan potOngan dOa dari Rasullah SAW yang saya kira ianya elok untuk dikOngsikan bersama.

"ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu..

Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..

ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.



Nota: Rupanya saya masih belum layak untuk ini kerana urusan dengan Allah swt jugak sering teralpa. Aduh!

1 comment:

Anonymous said...

BETUL KE CITER NI... AMIK DRI SUMBER SAHIH KE??