Tuesday 12 June 2012

Majlis Anugerah Pendidik Bitara 2012: Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Majlis penyampaian cenderamata sebenarnya berlangsung di Panggung Percubaan UPSI, tapi, kerana hal-hal tertentu, saya hanya dapat by hand. Tapi, gembiranya, tetap sehingga ke hari entry ditaip. Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya memegang portfolio Exco. Sebelum tamat, kita mengharapkan ia tamat segera, tapi selepas tamat, kita mahu kembali bertugas. Rindu untuk meeting. Rindu untuk ditegur kerana kita salah. Rindu kena paksa buat itu dan ini.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu.
Walaupun diri ini bukanlah insan yang layak, namun, diri ini sentiasa diberikan peluang itu.
Permudahkan urusan dunia dan akhiratku.
Permudahkan juga urusan mereka yang berada di sekelilingku.
Bagi sesetengah orang mungkin ini sangat biasa, tapi tidak bagi saya. Saya gembira, bersyukur dan terlalu terharu. Kerana saya akan kembali di masa itu.
Allahumma Yassir Wala Tua'ssir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmati ka ya arhamar rohimin.


.........................................................................

Biar sampai ke bintang


Biar mimpi-mimpi kita
Cecah sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini


Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi ini


Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita.....

..............................................................



Sesungguhnya, biar kenangan itu mendatangkan suka atau duka, saya bersyukur kerana dalam hidup ini saya adalah insan yang mendapat perasaan itu daripada sebuah pengalaman dan kenangan. Mustahil untuk saya menidakkan sesuatu yang telah Allah aturkan buat saya. Buat sahabat JMK, maafkan segala ketelanjuran kata dan perbuatan Huda terhadap anda semua. Semoga pertemuan kita suatu hari kelak adalah pertemuan yang menggembirakan. 


Till then, sarangheyo.

2 comments:

Mata Pena Fadz said...

suka lagu asmidar tuh..
da bley p karok da ni~heeee :P

Unknown said...

Fadz:
Haha. Nak karok cane.
Suara Huda nie stok2 nyanyi dlm bilik air air. Kalau karok pun buat bazir duit ajer. Pengsan yang ikut karok.