Wednesday 13 June 2012

Majlis Daerah Tanjong Malim dan Pusat Latihan Mengajar UPSI

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Huhuhuuhuuuhuuhuuuuuuuu...
Semalam kita gelak-gelak sakan. Gelak besar-besar. Tapi hari nie tidak. Sebab bila sakan sangat, Allah swt pun tak suka. Bukankah terlalu suka akan jadi tangisan. Yelah, tak caya? Korang ketawa kuat-kuat, panjang-panjang, lepas tue, meleleh tak air mata? Gerenti kuarkan air mata. Hihihi. Peace. Y(^__^)


Semalam, PULAMI naikkan status mengatakan saya dan rakan berjaya berpraktikum di SM Teknik, Kuantan, Pahang. Tapi, pelik! Sebab, status saya di UPSI Portal, saya akan berpraktikum di SM Vokasional Kuantan, Pahang. Ya adik-adik semua. SM Teknik dan SM Vokasional, Kuantan, Pahang itu adalah berbeza. Bukan sama. Malangnya, kami bertemu dengan si kacak pekerja PULAMI, mereka menyatakan, 'awak kena tahu apa itu sistem KPM sekarang. Teknik dan Vokasional itu adalah sama'. Baiklah. Saya pun gembira tidak terkata. Lompat dan loncat. Winkwink. Tak kisahlah sekolah apa pun asalkan berpraktikum bersama-sama. Erm, bersama-sama itu merujuk kepada cik Huda comel dan cik Asni gonjeng. Muahahaha. Kesian Asni kena boom boom bang. 


Jadi, bangun pagi dengan semangat waja. Ceria. Senyuman hingga ke belakang telinga. Hahaha. Telefon pihak sekolah untuk mengesahkan kehadiran kami ke sekolah tersebut. Dengan harapan, nak membodek Pengetua supaya dapatlah mengajar kelas yang ada pelajar handsome-handsome. Eh,eh. TIPU. Kami tak macam tue pun. =) Ya, kami telefon sekolah, SM Vokasional, Kuantan (09-5661705). Sekali, pihak sekolah cakap, sekejap eh, nak check. 'Kami tak pasti sama ada, ada atau tidak pelajar yang berpraktikum di sini'. Pang pang pang. Apakah yang berlaku??? Lantas, terus menelefon SM Teknik, Kuantan (09-5601442). Sekolah tue kata, 'Maaf, nama anda tidak tersenarai dalam senarai pelajar yang kami terima untuk berpraktikum'. Wah, ini cukup mengkagumkan. Dua-dua sekolah juga kata tidak ada. Tapi, harapan masih ada di SM Vokasional tuelah. Sebab kata nak check kan. Lepas tue, kol SMV tue balik tanya apakah dia sudah mengenal pasti kedudukan kami di sekolahnya. Katanya, 'Kami tak terima pelajar UPSI, NurulHuda sebab hari tue PULAMI UPSI hantar nama 4 orang, sekarang hantar 8orang, jadi kami tolak. Pergi berhubung dengan pihak pengurusan kamu'. Daebakkk. 


Tengah riang-ria hati berduka pulak. Huhuhu. Terus pergi PULAMI. Sebab, besok saya nak balik Johor, jumpa anak-anak bulus. Rindu. Eh, lari topik. Maafkan saya. =( Pergi PULAMI dan bercakap dengan gagahnya depan abang PULAMI tue. Gagah bermaksud saya bercakap dengan penuh keyakinan tanpa mengenal apa itu takut dan malu-malu macam selalu. Yelah, orang lain sibuk nak carik rumah, awak sekolah pun tak sette lagi, sudahlah begitu, apakah permainan yang sedang berlaku, daku pun tak tahu. Ewah! Sekalikan, semalam, abang PULAMI tuekan sibuk mengajar saya apa itu sistem sekolah. Hari nie, dia dah lemah semangat pulak. Yelah, dah tahu sebenarnya dia tersilap. Baru dia sedar bahawasanya sistem telah mengatakan bahawa SMT dan SMV itu dua sekolah yang berbeza. Erm,, apalah ertinya abang oii. Perasaan daku tercalar nie. Dipendekkan cerita, saya menunggu 1jam lebih lah, sebab abang tue mohon nak makan dan tidur sekejap, sebab penat. Yelah, saya pun tak de lah kejam sangat nak paksa dia. Saya bagi dia makan dan tidur dulu sementara saya sibuk bergambar-gambar dalam bilik PULAMI. Oh ya, masa nie PULAMI dah tutup lampu dan kunci pintu, tapi saya dan Asni masih di dalamnya. Sambil disapa mesra oleh DR.JAZIMIN yang meminta kami melipat gandakan kesabaran kami. Amboi! 


Selepas linangan air mata, akhirnya, SM Vokasional, Kuantan, Pahang bersetuju menerima saya dan Asni gonjeng di situ. Alhamdulillah. Abang PULAMI pun akhirnya tersenyum riang. Insha Allah, mahu menyediakan sesuatu untuk mereka jika diberi kesempatan. Yelah, susah payah dieorang harus dihargai. Sebab saya selalu memujuk mereka, telefonlah bang, telefonlah bang. SEKARANG! Hei, saya suruh telefon sekolah, bukan pujuk dia telefon saya. Hei, korang nie tau. Ingat saya nie gatal aje tau. Tak baik, tak baik berpandangan negatif pada insan lemah nie. Lemahlah sangat.


Penutup pada kisah sedih saya hari ini adalah....................

Surat cinta daripada MDTM

Menerima surat cinta daripada MDTM atas kesalahan No.2 iaitu MELETAK KENDERAAN BUKAN DI PETAK LETAK KERETA. Untuk pengetahuan anda, saya memparkingkan kereta kancil comel saya tue di hadapan pintu Timur UPSI. Jadi, kalian berhati-hatilah selepas ini. Saman tak mengenal perempuan cantik atau tidak. #motif sangat!# Disebabkan saya wanita gagah, saya pergi bayar saman dengan niat nak memperbetulkan MDTM tue yang sepatutnya memikirkan bahawa UPSI tak bagi bawak kereta masuk, petak parking selalu penuh, itu sajalah yang ada. Tapi, pegawai tue kata, saman tak boleh ditarik balik. Kami bagi diskaun RM15 sahaja. Yang penting bayar. Wah, ingatkan diskaun cuma ada masa shopping baju. Kompaun pun ada diskaun. Macam nie bagus. Saman hari-hari. Bukankan orang perempuan suka bila ada MEGA SALE??? Wahahahaha. Menyampah tau!


Tetiba masa dalam kereta nak bayar saman, saya terfikir. Bukankah semalam masa jawab exam Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, saya bercerita berkenaan Majlis Daerah Tanjong Malim? Hah, inilah penangannya. Kalau tahu, saya tak nak sebut pun MDTM dalam paper saya. =(



Nota: Masa kat PULAMI tadi jumpa senior saya. memang dia suka menyakat saya tahap saya akan ketawa guling-guling. Dia cubalah cheer upkan saya sebab sayakan perempuan gembeng(kaki nangis). Katanya, tak per Huda, pergi Jabatan Bendahari. Uh, saya tanya kenapa kena pergi sana pulak? Dia jawab,  mintak extend semester. Wahahahaha. Memanglah sangat membantu mencheer-up kan diri saya sampai saya tak jadi menangis dan terus ketawa. =) Macam manalah mereka yang suka hidup bersendirian, sedang saya bermasalah sikit akan terus SMS kawan. Bukan mahu dia bersusah payah, tapi, hanya mahu melepaskan rasa di hati. Ewah! Kita memang perlukan Allah swt yang satu, tapi, kenapa Allah swt sediakan begitu ramai manusia di muka bumi, tentunya untuk kita saling melengkapi. Yea yea!


Till then, kroh kroh kroh (berdengkur)




Update (15/06/2012): Saya dikenakan kompaun sekali lagi oleh MDTM atas kesalahan No.5 iaitu TIDAK MEMPAMERKAN KUPON KENDERAAN. Tahniah dan shabbas bette buat pasukan penyaman MDTM. Rezeki yang anda perolehi itu inshaAllah halal kerana kalian bersungguh-sungguh menjalankan tugas. Ini yang kita mahukan. Keluar menyaman, keluar menyaman! Kaunter pembayaran bertanya pada saya, semalam datangkan. Eh, seolah-olah, beliau ingat saya sengaja mengkompaunkan diri saya semata-mata nak tengok muka beliau. Sadis punya hidup.

2 comments:

mySara said...

kenapakah ini? yaa, ampunnnn. kenapa pulami tak alert tentang ni? haiyakkk~

Unknown said...

PULAMI cakap, sebenarnya, kami tak salah.
Yang salah pihak KPM.
Lepas tue, dia cakap, yang salah pusat ICT sebab Pusat ICT yang silap tulis nombor telefon dan PULAMI ingat SMT dan SMV Kuantan itu adalah sekolah yang sama. Tapikan, sebagai seorang yang berkecimpung lama dalam urusan sekolah sepatutnya dah alert dgn perbezaan tue kan. Tak adalah jadi kelam kabut sampai pihak sekolah naik hangin. Yang kena impaknya kamilah. Sebab kami yang bakal berhadapan dengan sekolah. Macam mana pun, happy sebab selesai jugak.